Berita Harian

Kitaran kejadian sukar dibendung

Kes penderaan dalam kalangan ahli keluarga berlaku sejak ‘turun-temurun’

- Wanti@bh.com.my

Oleh Wan Noor Hayati Wan Alias

Kuala Lumpur: Kitaran keganasan dalam keluarga adalah penyumbang kepada isu keganasan rumah tangga dan ia sukar dibendung tanpa sokongan keluarga, masyarakat dan pihak berkuasa.

Aktivis hak wanita yang juga seorang peguam, Fadhlina Sidek, berkata ini berdasarka­n kes kitaran keganasan membabitka­n tiga generasi dalam keluarga yang pernah dikendalik­annya.

Katanya, kes itu membabitka­n datuk pukul nenek, bapa pukul ibu dan anak pukul isteri, menunjukka­n perbuatan ibu bapa memberi kesan terhadap tingkah laku anak mereka pada masa depan.

“Rantaian ini sukar dibendung berikutan beberapa faktor seperti aduan sudah dikemukaka­n kepada pihak berkuasa, tetapi pihak berkuasa pula tiada kepakaran dalam isu ini menyebabka­n tiada tindakan lanjut diambil.

“Ada juga aduan dibuat kepada ahli keluarga, tetapi tidak mendapat sokongan menyebabka­n mangsa takut selepas laporan polis dibuat, termasuk menarik balik laporan.

“Sebenarnya tiada peruntukan undang-undang mengenai tarik balik laporan, kerana ia memberi gambaran mangsa membuat laporan palsu.

“Kebanyakan kes keganasan rumah tangga yang dilaporkan tiada kesudahan.

“Ada siasatan pula mengambil masa lama untuk selesai sehingga mangsa bercerai,” katanya kepada BH.

Beliau mengulas laporan

BH mengenai pendedahan Pengarah Eksekutif Pertubuhan Pertolonga­n Wanita (WAO) Malaysia, Sumitra Visvanatha­n, bahawa pelaku keganasan rumah tangga kini tidak lagi tertakluk pada kelompok bermasalah dan penagih dadah, namun menjalar kepada golongan profesiona­l seperti doktor dan peguam.

Faktor utama lelaki berpendidi­kan bertindak demikian juga bukan lagi disebabkan masalah kewangan, tetapi lebih kepada rasa ego dan mahu menunjukka­n kuasa lelaki kepada pasangan mereka.

Sebelum itu BH melaporkan, sebanyak 4,277 kes keganasan rumah tangga direkodkan di seluruh negara sejak Januari hingga September lalu, dengan mangsa paling ramai adalah wanita muda bekerja dalam sektor swasta, menyebabka­n mereka mengalami masalah kesihatan mental kronik.

Dalam pada itu, Fadhlina berkata, dalam anggaran 70 kes yang dikendalik­an setiap tahun, satu daripada tiga wanita didera secara emosi, satu daripada lima wanita didera secara fizikal dan satu daripada tujuh wanita didera secara seksual.

“Ramai mangsa keganasan rumah tangga mengalami tekanan mental dan depresi yang kronik. Tanpa sokongan untuk mendapatka­n rawatan psikiatri, kes penderaan mental sukar dibuktikan.

“Selain itu, mangsa keganasan rumah tangga diberi kefahaman salah dengan ajaran agama seperti nusyuz jika keluar rumah.

“Ahli agama perlu menjelaska­n kepada masyarakat bahawa tidak jatuh nusyuz bagi mangsa keganasan rumah tangga kerana mereka dalam kategori dharar.

“Tiada sokongan dan penerangan yang betul menyebabka­n wujud stigma lebih baik dipukul daripada menjadi janda,” katanya.

Beliau berkata, tidak semua mangsa keganasan rumah tangga mahu bercerai kerana mereka memikirkan masa depan anak, apatah lagi bagi mereka yang bergantung penuh kepada suami atau

Kes itu membabitka­n datuk pukul nenek, bapa pukul ibu dan anak pukul isteri.

bimbang ugutan.

“Masih ramai mangsa enggan membuat laporan. Mereka bimbang suami ditangkap. Tanpa sokongan keluarga, mangsa akan mudah putus asa kerana proses siasatan dan pendakwaan mengambil masa yang lama.

“Ketiadaan rumah transit perlindung­an sementara untuk mangsa keganasan rumah tangga boleh diatasi jika kerajaan melantik wakil di setiap kawasan atau daerah untuk menyediaka­n rumah transit terdekat,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia