Berita Harian

Penduduk gempar temui ikan patin seberat 150kg

-

Kota Bharu: Kampung Binjai Jejawi, Lubok Jong, Pasir Mas, digemparka­n dengan penemuan seekor ikan patin seberat 150 kilogram (kg), yang tersangkut pada candik atau sauk di Sungai Lubok Jong, pagi semalam.

Ikan berkenaan yang sudah mati ditemui seorang penduduk kampung, pada jam 10 pagi.

Penduduk, Hassan Yusoff, 63, berkata penduduk kampung yang dikenali sebagai Jali itu terkejut apabila melihat candik yang ditahannya malam kelmarin, terkena ikan patin yang besar sebelum meminta bantuan penduduk lain untuk mengangkat­nya.

Katanya, penduduk terus membawa pulang ikan itu ke rumah, sebelum menjadi heboh berhubung penemuan ikan berkenaan pada jam 11 pagi.

“Ikan patin ini ditimbang terlebih dahulu sebelum diagihkan kepada penduduk kampung dan sebahagian­nya dijual.

“Ikan berkenaan sangat besar dan memerlukan sekurang-kurangnya tiga orang untuk mengangkat­nya.

“Ini adalah penemuan kedua ikan patin yang sangat besar terkena candik penduduk, selepas kali pertama pada September tahun lalu yang turut terkena ikan sama seberat 150kg,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Katanya, ikan patin itu muncul kemungkina­n disebabkan kerja menggali dan mencuci sungai sedang giat dijalankan, bagi menghadapi musim banjir.

“Penemuan ikan itu memberi rezeki kepada penduduk kampung berkenaan,” katanya.

 ?? (Ihsan Pembaca) ?? Ikan patin seberat 150kg yang ditemui seorang penduduk di Kampung Binjai Jejawi, Lubok Jong, Pasir Mas, semalam.
(Ihsan Pembaca) Ikan patin seberat 150kg yang ditemui seorang penduduk di Kampung Binjai Jejawi, Lubok Jong, Pasir Mas, semalam.
 ??  ?? Keratan akhbar BH pada 4 November lalu.
Keratan akhbar BH pada 4 November lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia