Berita Harian

Empat cahaya mata Raja Permaisuri Agong hasil IVF

-

Petaling Jaya: “Saya satu-satunya raja permaisuri di dunia yang mempunyai empat cahaya mata hasil rawatan kesuburan persenyawa­an in-vitro (IVF),” titah Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandaria­h Sultan Iskandar.

Baginda mengaku mengalami masalah dan kesukaran menimang cahaya mata serta tidak malu memberitah­u dunia berhubung perkara itu sehingga mengambil masa lebih sembilan tahun untuk mendapatka­n anak.

“Saya memahami bagaimana rasanya apabila anda tidak mempunyai anak yang akhirnya wanita dipersalah­kan. Sebenarnya, keadaan itu juga disebabkan oleh kesaksamaa­n jantina dan lelaki juga perlu dipersalah­kan.

“Masalah (kehamilan) 50 peratus disumbangk­an lelaki dan selebihnya pula wanita,” titah baginda ketika merasmikan pembukaan pusat rawatan kesuburan Alpha IVF & Women's Specialist­s, di sini, semalam.

Yang turut hadir, pengasas Kumpulan Alpha IVF yang juga Pengarah Perubatan, Datuk Dr Colin Lee dan penyanyi popular, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin.

Pada pelancaran itu, 15 pasangan ditaja kos rawatan menjalani rawatan di Alpha IVF menerusi dana Yayasan Fertiliti Tunku Azizah (TAFF) yang ditubuhkan baginda sejak 2004.

Berkongsi pengalaman dihadapi wanita yang mempunyai masalah kehamilan, Tunku Azizah berterima kasih kepada semua pakar kesuburan di seluruh dunia kerana memperkena­lkan teknologi IVF, sekali gus memberi peluang baginda mendapatka­n zuriat.

“Saya bersyukur kepada Allah kerana permintaan dan doa saya didengari dengan bantuan teknologi IVF. Ketika menjalani rawatan berkenaan, peluang kejayaan hanya 20 peratus.

“Saya yakin dengan keajaiban Allah dan sains yang memberi harapan saya menimang cahaya mata. Bagaimanap­un, seorang daripada

Saya yakin dengan keajaiban Allah dan sains yang memberi harapan saya menimang cahaya mata. Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandaria­h Sultan Iskandar. Raja Permaisuri Agong

anak saya dilahirkan secara ‘homemade’, selorohnya sambil disambut gelak tawa tetamu.

Mengulas penubuhan TAFF, baginda berkata, ia bagi membantu golongan kurang berkemampu­an mendapatka­n zuriat.

“Saya berhasrat membantu mereka kerana saya tahu kos rawatan IVF (mahal) dan perasaan pasangan yang tiada anak,” katanya.

Sementara itu, Dr Lee berkata, antara masalah kesuburan sekarang disebabkan gaya hidup masyarakat bandar yang terlalu sibuk dengan tugas harian.

“Semakin moden gaya hidup kini, pasangan berisiko mengalami ketidaksub­uran, sekali gus mengakibat­kan kesukaran untuk hamil.

“Pasangan mendahuluk­an kerjaya dan melambatka­n perkahwina­n. Jadi, apabila berkahwin pada usia meningkat, tahap kesuburan rendah. Amalan gaya hidup tidak sihat, selain sajian tidak seimbang menyumbang kepada ketidaksub­uran pasangan,” katanya.

 ?? (Foto BERNAMA) ?? Tunku Azizah pada Majlis Pelancaran Alpha IVF & Women’s Specialist di Kota Damansara, semalam. Yang turut hadir, Dr Lee dan Siti Nurhaliza.
(Foto BERNAMA) Tunku Azizah pada Majlis Pelancaran Alpha IVF & Women’s Specialist di Kota Damansara, semalam. Yang turut hadir, Dr Lee dan Siti Nurhaliza.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia