Berita Harian

Dua lelaki gadai nyawa tebang pokok demi cari rezeki

-

Alor Gajah: Bukan mudah untuk menebang dahan dan batang pokok besar berhampira­n rumah kerana jika tersilap tebang, rumah boleh musnah atau mengalami kerosakan akibat ditimpa dahan atau batang pokok.

Namun, bagi Idham Mohd Kamaruddin dan rakannya, Rusidan Mahadi, kedua-dua mereka berusia 30 tahun, memanjat pokok setinggi lebih enam meter sudah menjadi lumrah demi `mencari sesuap nasi’.

Dengan menggunaka­n kekuatan cengkaman tangan dan kaki yang memijak kukuh pada dahan pokok, mereka memotong dahan sebelum menjatuhka­nnya satu persatu tanpa merosakkan kediaman penduduk kampung yang sering meminta bantuan memotong pokok besar di kawasan kediaman.

Mereka memotong dahan pokok dengan menggunaka­n gergaji rantai dan gergaji biasa di bawah seliaan majikan, Ruzaini Mahadi, 40, di segenap ceruk kampung di sekitar daerah ini dan Negeri Sembilan.

Ruzaini menjelaska­n, tugas memotong dahan pokok harus dimulakan dengan mengikat gergaji rantai dengan kemas pada dahan pokok bagi memastikan ia tidak jatuh menghempap sesiapa sahaja yang berada di bawah pokok.

"Gergaji rantai digunakan untuk memotong dahan besar, manakala gergaji biasa untuk memotong dahan kecil tetapi kedua-dua dahan mesti dipastikan sudah diikat terlebih dahulu sebelum dipotong.

“Tali panjang dijatuhkan hingga ke tanah untuk diikat pada dahan pokok dan orang di bawah pokok mengawalny­a dengan menggunaka­n takal untuk membolehka­n dahan yang sudah dipotong tidak terus jatuh, sebaliknya diturunkan perlahan-lahan," katanya ketika ditemui menebang pokok binjai di Kampung Sungai Jerneh, Lubok Cina, di sini.

Pokok milik Ali Tahir, 72, itu dibimbangi tumbang menghempap kediaman warga emas itu berikutan usia pokok itu didakwa sudah menjangkau 100 tahun manakala dahannya yang mencecah bumbung kediaman menyebabka­n beberapa ular dari pokok berkenaan masuk ke dalam rumah.

Sementara itu, Idham berkata, dia bergantung rezeki kepada kerja menebang pokok sejak berusia 20 tahun dan hasil upah kira-kira RM800 bagi sebatang pokok bersaiz besar dan tinggi seperti pokok binjai berkenaan dibahagi tiga atau empat, bergantung kepada jumlah mereka yang terbabit membuat kerja itu.

 ?? (Foto Hassan Omar/bh) ?? Idham menurunkan dahan pokok yang sudah dipotong dengan menggunaka­n tali di Kampung Sungai Jerneh, Lubok Cina, Alor Gajah.
(Foto Hassan Omar/bh) Idham menurunkan dahan pokok yang sudah dipotong dengan menggunaka­n tali di Kampung Sungai Jerneh, Lubok Cina, Alor Gajah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia