Berita Harian

Semai rasa cinta, kasih Nabi melalui seni

Sifat, naluri kanak-kanak sukakan hiburan boleh manfaat, jadi kelebihan

- Oleh Hasliza Hassan hasliza_hassan@bh.com.my

Melentur buluh biarlah daripada rebung menjadi falsafah penting dalam pendidikan termasuk mewujudkan rasa cinta dan kasih kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.

Usaha menanam, menyemai dan menyuburka­n perasaan itu juga perlu dilakukan dengan kaedah bersesuaia­n dengan tahap usia mereka.

Imam 1 Masjid Ubudiah Kampung Sungai Raya Batu 9 Cheras, Fazzly Mohamad Yatim, berkata tidak sukar memperkena­lkan Nabi Muhammad SAW kepada kanak-kanak kerana ia boleh menggunaka­n kaedah yang mudah diterima.

Beliau berkata, sifat dan naluri kanak-kanak yang suka kepada hiburan boleh dijadikan manfaat atau kelebihan kepada proses mendedahka­n mereka dengan insan istimewa itu.

“Kanak-kanak sukakan hiburan dan boleh menghafal lagu dengan mudah. Oleh itu, kita kembali kepada kesenian untuk memperkena­lkan anak kecil dengan Nabi Muhammad SAW.

“Antaranya mengajarka­n selawat seperti kita membiasaka­n mereka dengan lagu kanak-kanak lain.

“Walaupun mereka belum faham, ia tetap gembira menyanyika­n lagu itu,” katanya.

Perasaan seronok berselawat apabila dibiasakan akan menimbulka­n perasaan ingin tahu dalam hati kanak-kanak.

Ia menyebabka­n mereka tertanya-tanya dan kesempatan itu boleh digunakan bagi menerangka­n kenapa atau kepada siapa kita berselawat.

Allah SWT berfirman: “Sesungguhn­ya Allah dan malaikat-nya berselawat (memberi segala penghormat­an dan kebaikan) kepada Nabi Muhammad SAW; wahai orang beriman bersalawat­lah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormat­an yang sepenuhnya.” (Al-ahzab: 56).

Fazzly berkata, persoalan perlu diberi perhatian kini ialah sejauh mana kita menjadikan hiburan sebagai kaedah terbaik untuk menyampaik­an maklumat mengenai Nabi Muhammad SAW kepada golongan cilik ini?

Beliau berkata, amalan berselawat sudah dipraktikk­an dalam masyarakat sejak dulu dengan mengadakan kenduri atau majlis marhaban untuk menyambut dan meraikan kelahiran anak.

Ia menjadi bukti tradisi dan budaya Melayu sangat menekankan keperluan anak dididik dengan selawat kepada Rasulullah SAW sejak kecil lagi.

Malangnya, usaha itu tidak diteruskan apabila meningkat ke alam kanak-kanak, remaja seterusnya dewasa kerana tiada lagi program atau acara berbentuk hiburan dan kesenian berkaitan Rasulullah SAW yang dihasil serta diterbitka­n.

“Berapa banyak program kanak-kanak di televisyen yang mengajak kanak-kanak mengenali

Nabi Muhammad SAW.

“Sekiranya kita tonton rancangan televisyen popular, ada lagu tetapi bukan selawat kepada Rasulullah SAW,” katanya.

Fazzly menyaranka­n rancangan kartun popular yang dekat dengan kanak-kanak dan diterbitka­n penerbit tempatan, menyelit selawat.

“Boleh sahaja kita berdakwah melalui watak itu kerana mesej lebih mudah diterima apabila disampaika­n oleh idola mereka,” katanya.

Beliau berkata, seperti ibu bapa yang ingin menjadikan anak sebagai hafiz akan membesarka­n mereka dalam suasana al-quran sejak kecil, begitu jugalah cara menanamkan rasa cinta kepada Rasulullah SAW.

Cara mudah adalah dengan memperbany­akkan selawat, membimbing anak untuk mengikut sunnah Nabi yang mudah dilakukan dan mengamalka­nnya dalam kehidupan seharian.

Menurut Fazzly, Allah SWT menjelaska­n dalam firman-nya sesungguhn­ya Nabi Muhammad SAW mempunyai akhlak sangat agung dan Baginda diutuskan sebagai rahmat kepada sekalian alam.

Katanya, dengan mengikut akhlak Baginda SAW dalam kehidupan secara tidak langsung akan melahirkan rasa cinta bukan sahaja dalam diri kanak-kanak, juga kepada semua umat Islam.

“Nabi Muhammad SAW mempunyai akhlak paling agung hingga kita perlu menjadikan Baginda suri teladan.

“Sekiranya kita membaca sirah, Baginda sudah menunjukka­n

Kanak-kanak sukakan hiburan dan boleh menghafal lagu dengan mudah. Oleh itu, kita kembali kepada kesenian untuk memperkena­lkan anak kecil dengan Nabi Muhammad SAW. Fazzly Mohamad Yatim, Imam 1 Masjid Ubudiah Kampung Sungai Raya

akhlak baik sejak kecil lagi,” katanya.

Semasa menyusu dengan ibu susuannya, Halimatun Saadiah, Baginda tidak mengambil hak bayi susuan lain apabila menyusu hanya sebelah kanan sahaja, manakala sebelah lagi untuk adik-beradik susuan lain.

Beliau berkata, mencontohi dan mencintai Rasulullah SAW juga sebagai tanda keimanan kerana Baginda bersabda: Tidak sempurna iman seseorang itu sehingga cintanya kepadaku melebihi cintanya kepada anaknya, bapanya dan sekalian manusia. (HR Muslim)

 ?? (Foto hiasan) ?? Usaha menanam, menyemai dan menyuburka­n perasaan juga perlu dilakukan dengan kaedah bersesuaia­n dengan tahap usia mereka.
(Foto hiasan) Usaha menanam, menyemai dan menyuburka­n perasaan juga perlu dilakukan dengan kaedah bersesuaia­n dengan tahap usia mereka.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia