Berita Harian

Kegunaan CRS lindungi penumpang kecil

Elak anak daripada cedera parah jika berlaku kemalangan

- Oleh Osman Lisut manlee@bh.com.my

Kuala Lumpur: Penggunaan kerusi keselamata­n kanak-kanak (CRS) penting bagi memastikan penumpang kecil berada dalam keadaan selamat sepanjang tempoh pemanduan.

Kerusi ini juga berfungsi melindungi anak daripada mengalami kecederaan parah jika berlaku kemalangan jalan raya.

Ketua Pengarah Jabatan Keselamata­n Jalan Raya (JKJR), Mohd Nasri Ishak, berkata berdasarka­n statistik Institut Penyelidik­an Keselamata­n Jalan Raya Malaysia (MIROS), sejumlah 1,559 kematian dicatatkan membabitka­n kanak-kanak pada usia 10 tahun sepanjang tempoh 10 tahun bermula 2007.

Beliau berkata, laporan bersamaan kehilangan satu nyawa bagi setiap 84 minit disebabkan nahas jalan raya, keadaan lebih kritikal kerana anak kecil ini berdepan risiko kematian kesan kemalangan.

“Justeru, Child Restraint System (CSR) atau kerusi keselamata­n kanak-kanak, melindungi mereka daripada kecederaan parah. Kemudahan ini melindungi kanak-kanak di dalam kenderaan ketika berlakunya pelanggara­n.

“Penggunaan CRS di negara maju berjaya mengurangk­an impak pelanggara­n, seterusnya mengelakka­n kecederaan parah serta kematian,” katanya dalam kenyataan kepada BH.

Peruntukan sedia ada menerusi Kaedah-kaedah Kereta Motor (Tali Pinggang Keledar) (Pindaan 2008) mengikut Akta Pengangkut­an Jalan 1987, kerajaan menguatkua­sakan peraturan penggunaan tali pinggang keledar untuk tempat duduk belakang sejak 1 Januari 2009.

Sebelum ini, kerajaan memberi tempoh tiga tahun (1 Januari hingga 31 Disember 2011) kepada kenderaan didaftarka­n pada dan selepas 1 Januari 1995 untuk memasang tali pinggang keledar pada tempat duduk belakang. Mulai Januari 2020, penggunaan kerusi keselamata­n kanak-kanak diwajibkan.

Mohd Nasri berkata, MIROS menetapkan kedudukan CRS diletak di hadapan dan belakang mengikut jenis kerusi serta kategori kumpulan,

Beliau berkata, kanak-kanak berusia 0 hingga 18 bulan dikategori­kan dalam Kumpulan 0/0+, kerusi CSR dipasang perlu menghadap ke belakang.

“Bagi kumpulan ini, berat kanak-kanak sekurang-kurangnya sembilan kilogram (kg), namun digalakkan sehingga 13kg pada ketinggian 83 sentimeter (cm).

“CRS tidak boleh diletakkan pada kerusi penumpang hadapan yang mempunyai beg udara aktif kerana beg berkenaan tidak boleh dimatikan fungsinya menggunaka­n suis.

“Bagaimanap­un, keadaan dibolehkan jika tiada beg udara aktif atau boleh dimatikan suisnya. Pada kerusi ini mesti menggunaka­n tiga atau lima point harnes (tali pinggang keselamata­n),” katanya.

Beliau berkata, CSR yang dipasang menghadap hadapan, beliau berkata kerusi keselamata­n ini untuk kumpulan 1 hingga 3 yang berusia 15 bulan hingga empat tahun ke atas dengan berat kanak-kanak sembilan hingga 18kg serta ketinggian 71cm.

“Bagi Kumpulan 2 pula, kanak-kanak berusia empat hingga tujuh tahun dengan berat dianggarka­n 15 hingga 25kg dan ketinggian 100cm. Pemasangan­nya perlu pada tempat duduk yang mempunyai sokongan (booster).

“Sementara itu, Kumpulan 3 membabitka­n kanak-kanak berusia enam tahun ke atas pula disyorkan dengan berat sekitar 25 hingga 36kg, ketinggian 135cm dan perlu tempat duduk mempunyai sokongan (booster).

“Pemasangan­nya digalakkan pada kerusi penumpang belakang, jika diletakkan pada kerusi penumpang hadapan, hendaklah diselarask­an ke belakang iaitu kedudukan jauh daripada beg udara. Kerusi perlu menggunaka­n lima point harnes (tali pinggang keselamata­n),” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? Mohd Nasri Ishak
Mohd Nasri Ishak

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia