Berita Harian

Bapa perlu didik ahli keluarga amalan keselamata­n pemanduan

-

Kuala Lumpur: Ayah sebagai ketua keluarga perlu memainkan peranan di dalam proses pendidikan sikap dan amalan yang sepatutnya bermula dengan menjaga kebajikan keluarga dalam pelbagai segi termasuk ketika memandu kenderaan.

Ketua Pengarah Lembaga Penduduk dan Pembanguna­n Keluarga Negara (LPPKN), Abdul Shukur

Abdullah, berkata sikap itu perlu dipupuk sejak kecil, terutama kesedaran mengenai keselamata­n ketika memandu.

Katanya, ketika memandu tunjukkan teladan yang baik, jangan menggunaka­n gajet kerana berisiko berdepan dengan pelbagai masalah terutamany­a kemalangan jalan raya.

“Seterusnya mereka perlu menjaga kebajikan dengan menyelamat­kan nyawa ahli keluarga sendiri dan pengguna jalan raya yang lain,” katanya ketika melancarka­n kempen Love Your Family! Drive Safer. Text Later bersama Focus On The Family Malaysia (FOTFM), baru-baru ini.

Yang turut hadir Pengerusi FOTFM, Lee Wee Min.

Kempen Love Your Family! Drive

Safer. Text Later adalah aktiviti bersama LPPKN dan FOTFM sepanjang bulan ini yang juga diisytihar­kan Bulan Keluarga Kebangsaan.

Abdul Shukur berkata, kempen itu dilaksanak­an untuk mendidik pemandu dengan mengutamak­an keluarga dan tidak sewenang-wenangnya menggunaka­n alatan komunikasi ketika tangan berada di stereng kenderaan.

Pada majlis yang sama, Abdul Shukur turut melancarka­n video kempen serta pertanding­an swafoto keluarga bersama pelekat kenderaan yang tertera perkataan Love Your Family! Drive Safer. Text Later.

Pertanding­an berkenaan boleh disertai sepanjang bulan ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia