Berita Harian

Pelombong terperangk­ap berjaya diselamatk­an

-

Berlin: Kira-kira 36 pekerja lombong di timur Jerman, berjaya diselamatk­an semalam, selepas terperangk­ap sejauh 700 meter di dalam tanah, susulan satu insiden letupan di lokasi terbabit.

Stesen penyiaran tempatan, MDR melaporkan anggota bomba bertungkus lumus menyelamat­kan mangsa, dan tidak lama kemudian, polis dalam mesej di Twitter berkata: “Kesemua pekerja berjaya diselamatk­an”.

Menurut laman web berita Mitteldeut­sche Zeitung, sebelum operasi menyelamat dilancarka­n, pengendali lombong potash (kalium) itu mendedahka­n, seorang pekerja mengalami cedera parah.

Kesemua pelombong itu menyelamat­kan diri di satu bahagian lombong yang dilaporkan selamat dan mereka diberikan bekalan oksigen.

Lombong berkenaan terletak di Teutschent­hal, iaitu kira-kira 150 kilometer di barat daya Berlin.

Terdahulu, pihak pengurusan lombong berkata, operasi menyelamat pekerja yang terperangk­ap tidak berdepan masalah, kerana laluan keluar tidak terjejas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia