Berita Harian

Bloomberg sedia bertanding presiden

-

New York: Bekas Datuk Bandar New York, Michael Bloomberg dilaporkan bersedia untuk menjadi calon parti Demokrat dalam Pilihan Raya Presiden tahun depan.

Media tempatan, termasuk New York Times melaporkan, Bloomberg, 77, dijangka memfailkan kertas kerjanya di sekurang-kurangnya satu negeri minggu ini, sekali gus mengisytih­arkan dirinya sebagai calon.

Pada Mac lalu, penasihat kepada datuk bandar itu berkata, Bloomberg mungkin tidak akan bertanding, namun beliau masih belum membuat keputusan muktamad.

Bagaimanap­un, mengikut laporan jutawan itu dikatakan sudah menghantar kakitangan­nya ke Alabama, bagi mengumpulk­an tandatanga­n yang diperlukan bagi pemilihan calon, menjelang tarikh akhir pada Jumaat depan.

Langkah itu dianggap satu petanda awal paling jelas menunjukka­n Bloomberg, sedang bersiap sedia untuk mengambil alih jawatan yang disandang Presiden Donald Trump.

Pengasas bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif, syarikat gergasi media Bloomberg itu, adalah antara orang terkaya di Amerika Syarikat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia