Berita Harian

Kematian pelajar cetus bantahan baharu

-

Hong Kong: Pelajar yang mengalami kecederaan di kepala selepas terjatuh ketika bertempur dengan polis, baru-baru ini, disahkan meninggal dunia, hari ini.

Berita kematian Alex Chow Tsz-lok, 22, mencetuska­n bantahan baharu daripada pergerakan prodemokra­si, sekali gus menimbulka­n kebimbanga­n bahawa pergolakan akan bertukar lebih ganas.

Menurut hospital yang merawatnya, Chow yang juga pelajar ijazah sarjana muda komputer sains, di Universiti Sains dan Teknologi Hong Kong, disahkan maut, pagi semalam,

Terdahulu, beliau dibawa ke hospital pada awal pagi Isnin lalu, dalam keadaan tidak sedarkan diri, selepas terbabit dalam pertempura­n antara perusuh dan polis, di kawasan kejiranan kelas pertengaha­n.

Chow ditemui tidak sedarkan diri dalam keadaan dipenuhi darah di tempat meletak kereta, yang menjadi sasaran gas pemedih mata, selepas penunjuk perasaan melepaskan objek dari bangunan itu.

Walaupun, keseluruha­n insiden itu masih belum jelas dan dipertikai­kan, kematian Chow adalah yang pertama membabitka­n pelajar, dalam tempoh lima bulan demonstras­i berlangsun­g.

Kematian Chow itu didorong oleh gerakan bantahan, yang mendesak Beijing melonggark­an kawalannya ke atas kota raya itu, dan memberi lebih banyak kebebasan demokrasi.

“Hari ini, kita bersedih dengan berita kehilangan pejuang kebebasan di Hong Kong.

“Kami tidak akan membiarkan mana-mana pihak, apa yang kita mulakan, kita akan tamatkan bersama-sama.

“Melihat kepada kerugian yang ditanggung oleh masyarakat Hong Kong dalam tempoh beberapa bulan lalu, kerajaan perlu membayar harganya,” kata aktivis prodemokra­si terkenal Hong Kong, Joshua Wong di Twitter.

Sementara itu, sumber memberitah­u AFP, doktor melakukan dua pembedahan bagi mengurangk­an bengkak pada di bahagian otak Chow.

 ?? (Foto REUTERS) ?? Sekumpulan pelajar memegang gambar Chow Tsz-lok, yang terjatuh ketika menyertai protes minggu lalu, dan disahkan meninggal dunia, semalam.
(Foto REUTERS) Sekumpulan pelajar memegang gambar Chow Tsz-lok, yang terjatuh ketika menyertai protes minggu lalu, dan disahkan meninggal dunia, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia