Berita Harian

Lelaki penggal isteri, kelar anak 5 tahun

Suspek serang mangsa, akibat masalah perkahwina­n

-

New York: Seorang lelaki bertindak menggantun­g diri, selepas memenggal kepala isteri dan mengelar leher anak perempuan mereka yang berusia lima tahun, lewat Rabu lalu, beberapa jam selepas wanita terbabit cuba mendapatka­n perintah perlindung­an.

Menurut Jabatan Polis New York (NYPD), polis yang menerima panggilan 911 pada jam 9.18 malam (waktu tempatan) memeriksa sebuah pangsapuri di 151 West 121st Street di Harlem, Manhattan.

“Sebaik sahaja memasuki unit pangsapuri itu, mereka menemui mayat Yonathan Tedla, 46; Jennifer Schlecht, 42, dan anak mereka yang berusia lima tahun, Abaynesh Schlecht Tedla.

Bapa Schlecht, Kenneth Schlecht, 74, ketika bercakap kepada media memberitah­u, perkahwina­n anaknya berada di ambang kemusnahan dan Yonathan pernah mengugut akan ‘menghabisk­an nyawa mereka’, jika wanita itu meneruskan hasrat untuk bercerai.

Laporan saluran berita Spectrum News NY1 melaporkan, jiran menyifatka­n keluarga itu sebagai sempurna dan bahagia.

Mayat Tedla ditemui di dalam bilik tidur, manakala mayat isteri dan anaknya masing-masing ditemui di bilik mandi serta bilik berlainan, bersama kecederaan parah di bahagian leher.

Akhbar New York Daily News, memetik kenyataan sumber pula melaporkan, Schlecht ditemui dalam keadaan kepalanya sudah dipenggal.

Abaynesh pula mengalami luka parah di bahagian leher dan kepalanya hampir terputus selepas dikelar.

Polis turut menemui sebilah pisau, dipercayai digunakan Tedla untuk membunuh kedua-dua mangsa. AGENSI

Gujarat: Dua guru dituduh memperkosa seorang remaja perempuan yang cacat penglihata­n, selama dua bulan di sebuah sekolah khusus untuk pelajar kelainan upaya.

Chaman Thakor, 62, dan Jayanti Thakor, 30, dipercayai merogol pelajar berusia 15 tahun itu di bilik muzik sekolah berkenaan.

Kes itu hanya diketahui selepas keluarga mangsa curiga dengan tingkah lakunya, yang enggan pulang ke sekolah berasrama terbabit di Ambaji, Gujarat, sebaik sahaja cuti perayaan Deepavali berakhir.

Apabila ditanya ahli keluargany­a, mangsa terus menangis dan menceritak­an kejadian berkenaan kepada ibu saudaranya, yang kemudian menghubung­i pihak polis.

Menurut mangsa, kejadian rogol kali pertama dilakukan Chaman di dalam bilik muzik, kira-kira dua bulan lalu.

Seorang lagi suspek, Jayanthi pula memperkosa mangsa di lokasi sama tiga hari selepas itu, dan sehari sebelum perayaan Deepavali.

Menurut laporan Times of India, remaja malang berkenaan dimasukkan ke sekolah terbabit untuk mendalami bidang muzik, selepas lulus gred lapan di kampungnya.

Selain muzik, sekolah itu turut menawarkan latihan vokasional untuk pelajar kelainan upaya.

Pegawai polis Ambaji, Inspektor JB Agrawat dalam kenyataan media berkata, kedua-dua suspek melarikan diri, sebaik sahaja perbuatan keji mereka diketahui.

“Gerakan memburu mereka sedang giat dilakukan,” katanya.

Beliau juga berkata, kedua-dua guru terbabit juga sudah dipecat oleh pengurusan sekolah selepas perbuatan jenayah itu tersebar.

Menurut perangkaan rasmi, India mencatatka­n hampir 40,000 kes rogol setiap tahun. AGENSI

 ?? (Foto AGENSI) ?? Anggota polis membawa beberapa beg ketika keluar daripada bangunan di Harlem, semalam.
(Foto AGENSI) Anggota polis membawa beberapa beg ketika keluar daripada bangunan di Harlem, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia