Berita Harian

Greenwood bintang masa depan

Scholes anggap pemain 18 tahun lebih baik daripada Rashford

-

Manchester: Paul Scholes yakin Mason Greenwood bakal menjadi penjaring gol lebih baik berbanding rakan sepasukann­ya di Manchester United, Marcus Rashford.

Greenwood meledak gol ketiga dalam karier seniornya bersama United pada aksi Liga Europa ketika bertemu Partizan Belgrade, semalam sekali gus menyaksika­n pemain berusia 18 tahun itu dianggap bintang masa depan buat The Red Devils.

Rashford empat tahun lebih tua berbanding Greenwood namun pemain England itu kurang ketenangan di hadapan gol dalam beberapa situasi.

“Kelemahan Marcus adalah ketenangan di hadapan gol. Saya rasa Greenwood akan menjadi penjaring gol lebih baik berbanding Marcus namun kemahiran Marcus sememangny­a cemerlang.

“Dia mungkin lebih kepada penjaring gol yang hebat berbanding hebat menjaringk­an gol. Dia kurang ketenangan tetapi dia masih muda dan dia mampu bertambah baik pada masa akan datang,” kata Scholes.

Greenwood masih belum meledak sebarang gol dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) namun dia memperagak­an prestasi hebat dalam pertanding­an piala apabila mencetak gol ketika menentang Astana dan Rochdale.

Rashford pula menjaringk­an lapan gol buat United musim ini termasuk satu gol ketika menentang Partizan.

Secara keseluruha­n, Rashford menghasilk­an 53 gol dalam 186 penampilan buat United namun dia kadangkala terlepas peluang terbaik untuk menjaringk­an gol. AGENSI

 ??  ?? Rashford kurang ketenangan di hadapan gol dalam beberapa situasi.
Rashford kurang ketenangan di hadapan gol dalam beberapa situasi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia