Berita Harian

‘Siapa kapten The Gunners tidak penting’

-

London: Pertahanan Arsenal, Sokratis Papastatho­poulos menegaskan tidak penting siapa yang memakai lilitan kapten The Gunners selepas Granit Xhaka digantikan oleh Pierre-emerick Aubameyang.

Pengendali Arsenal, Unai Emery Selasa lalu mengumumka­n Xhaxa digugurkan tugas sebagai kapten susulan reaksi buruknya terhadap peminat ketika seri dalam aksi Liga Perdana menentang Crystal Palace, minggu lalu.

Justeru, Aubameyang akan menggantik­annya, bermula dengan kunjungan ke Leicester City, tengah malam ini tetapi Sokratis merasakan ia isu yang tidak mustahak selagi semua pemain mempunyai sasaran yang sama di atas padang.

“Saya fikir ini kali pertama dia menjadi kapten,” kata Sokratis. “Bagi saya apa yang penting untuk Aubameyang adalah menjaringk­an gol, dia perlu melakukan kerjayanya.

“Kapten atau sesiapa yang memakai lilitan di lengan di atas padang, saya tidak fikir ia amat penting. Dia pemain yang amat bagus, tetapi sesiapa yang menjadi kapten tidak begitu penting.

“Apa yang penting adalah keseluruha­n pasukan berada dalam keadaan baik di bilik persalinan. Kami seperti satu keluarga. Jadi, sesiapa yang berada di atas padang selaku kapten perkara yang terakhir.”

Persembaha­n terumbang-ambing Arsenal berterusan apabila seri 1-1 menentang Vitoria de Guimaraes dalam saingan Liga Europa yang menyaksika­n kelab dari London itu gagal mencatat kemenangan dalam empat perlawanan.

Ketika Gunners bergelut, Leicester memenangi keempat-empat perlawanan terakhir dan menghuni tangga ketiga selepas 11 perlawanan.

AGENSI

 ??  ?? Sokratis Papastatho­poulos
Sokratis Papastatho­poulos

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia