Berita Harian

Klopp, Guardiola ‘meroyan’

-

Kedua-dua pengurus tertekan menjelang aksi penting esok

London: Permusuhan antara Liverpool dengan Manchester City dalam memburu gelaran Liga Perdana Inggeris musim ini semakin memuncak.

Jika sebelum ini kedua-dua pengurus kelab berkenaan saling memuji antara satu sama lain, namun naratifnya sudah berubah baru-baru ini.

City yang dibimbing Pep Guardiola hadir dalam perlawanan, tengah malam esok dengan misi wajib menang keputusan yang akan menyaksika­n mereka merapatkan jurang mata dengan pendahulu liga itu.

Pengendali kelahiran Sepanyol itu kebiasaann­ya tenang bagi mengharung­i sebarang perlawanan namun kali ini dia yang memulakan perang psikologi selepas kedua-dua pasukan bangkit daripada ketinggala­n untuk menang 2-1 pada aksi minggu lalu.

Dia tidak ditanya secara langsung mengenai Sadio Mane atau pencabarny­a tetapi memilih untuk menyasarka­n pemain antarabang­sa Senegal itu yang dianggap sebagai pemain paling berkesan buat Liverpool musim ini.

“Ada masanya, dia sengaja menjatuhka­n badan.

“Ada masa, dia sememangny­a memiliki bakat untuk menjaringk­an gol luar biasa pada saat-saat akhir. Dia pemain yang berbakat,” kata Guardiola.

Guardiola sedar kesan daripada kenyataan itu pastinya akan membangkit­kan kemarahan The Reds dan mungkin mempengaru­hi pengadil perlawanan, Michael Oliver.

Bagaimanap­un, Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp membidas mengenai dakwaan ke atas Mane yang dikatakan gemar menjatuhka­n badan.

“Secara jujurnya, saya sukar untuk mempercaya­inya sehinggala­h saya melihatnya sendiri. Saya tidak pasti sama ada Pep bercakap mengenai Mane atau pasukan namun kedua-duanya adalah tidak baik.

“Saya tidak pasti sama ada saya perlu menambahka­n minyak di atas api yang sudah dinyalakan. Saya tidak berminat dengan perkara seperti ini,” kata Klopp.

Rekod pertemuan antara Klopp dengan Guardiola menyaksika­n kedua-dua pengendali itu sama hebat.

Kedua-duanya menang tujuh perlawanan menentang satu sama lain dan seri sebanyak dua kali. AGENSI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia