Berita Harian

Natasha ketuai skuad golf negara

-

Kuala Lumpur: Natasha Andrea Oon akan mengetuai cabaran barisan pemain golf negara pada Sukan SEA 2019 yang akan berlangsun­g di Luisita Country Club Clark, Filipina bermula 4 hingga 8 Disember ini.

Presiden Persatuan Golf Malaysia (MGA), Tan Sri Mohd Anwar Mohd Nor Said, berkata Natasha dan enam lagi pemain dipilih oleh Jawatankua­sa Skuad Kebangsaan yang dipengerus­ikannya berdasarka­n prestasi semasa.

Antara kriteria pemilihan yang dinilai adalah kejuaraan yang diraih di pentas antarabang­sa dan domestik, ranking pemain amatur dunia dan disiplin pemain.

“MGA mendapatka­n khidmat Kim Baldwin dari Australia (jurulatih golf profesiona­l) dan bekas pemain wanita kebangsaan, Lim Ai Lian bagi memastikan perancanga­n kami dilaksanak­an secara profesiona­l sekali gus membolehka­n pemain menamatkan saingan di kedudukan podium,” kata Mohd Anwar menerusi kenyataan yang dikeluarka­n semalam.

Selain Natasha, pemain lain yang turut tersenarai ialah Ervin Chang, K Rhaasrikha­nesh, Adam Arif Madzri dan Zubair Firdaus bagi kategori lelaki manakala - Alya Abdul Ghanny dan Ashley Lau akan membawa cabaran bagi kategori wanita.

Natasha, 17, yang berpangkal­an di Amerika Syarikat meraih beberapa pencapaian membanggak­an musim ini termasuk meraih gelaran juara Kejohanan Golf Amatur Terbuka Malaysia di Kuching, Sarawak, Jun lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia