Berita Harian

Aaron-wooi Yik mudah tumbangkan juara dunia

Beregu negara akhiri badi selepas 4 pertemuan

- Helmi.talkah@bh.com.my

Oleh Helmi Talkah

Kuala Lumpur: Beregu lelaki negara, Aaron Chia-soh Wooi Yik menamatkan badi kekalahan di tangan pasangan Indonesia, Mohamad Ahsan-hendra Setiawan apabila menumbangk­an juara dunia itu pada aksi suku akhir Terbuka China di Fuzhou, semalam.

Aaron-wooi Yik yang tewas keempat-empat pertemuan dengan Ahsan-hendra termasuk ketika final Seluruh England, Mac lalu hanya memerlukan tempoh 26 minit bagi mencatat kemenangan 21-13, 22-20.

Pasangan negara yang menghuni ranking ke-14 dunia itu mengakui puas dengan kemenangan dilakar ke atas juara dunia tiga kali itu.

“Apa saya boleh katakan adalah kami puas dengan prestasi yang kami tunjukkan hari ini (semalam). Ini sudah pasti meningkatk­an lagi tahap keyakinan kami bagi menghadapi perlawanan seterusnya,” kata Aaron kepada BH Sukan.

Aksi separuh akhir bakal menyaksika­n pasangan muda negara itu menentang pilihan keempat dari Jepun, Takeshi Kamura-keigo Sonoda, hari ini.

Sementara itu, beregu campuran negara, Goh Soon Huatshevon Lai Jamie turut mengesahka­n tempat ke separuh akhir selepas mengejutka­n pilihan ketiga dari Thailand, Dechapol Puavaranuk­roh-sapsiree Taerattana­chai 21-13, 21-18.

“Ini kemenangan yang cukup penting bagi kami selain meningkatk­an lagi tahap keyakinan kami. Ini juga menjadi suntikan semangat buat kami yang mana kami berjaya menunjukka­n permainan seperti mana ketika sesi latihan,” kata Shevon.

Mereka dijangka berdepan laluan sukar bagi memburu slot ke pentas final apabila bertemu pilihan pertama dari China, Zheng Si Wei-huang Ya Qiong.

Nasib bagaimanap­un tidak menyebelah­i beregu wanita negara, Chow Mei Kuan-lee Meng Yean apabila tersingkir di suku akhir selepas tewas kepada pasangan Jepun yang juga pilihan kedua, Yuki Fukushima-sayaka Hirota 15-21, 14-21.

 ??  ?? Aaron-wooi Yik memerlukan tempoh 26 minit bagi menewaskan pasangan Mohamad Ahsan-hendra Setiawan.
Aaron-wooi Yik memerlukan tempoh 26 minit bagi menewaskan pasangan Mohamad Ahsan-hendra Setiawan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia