Berita Harian

KHA buat aduan rasmi, desak batal pencalonan

-

Kuala Lumpur: Persatuan Hoki Kedah (KHA) mendesak Konfederas­i Hoki Malaysia (MHC) membatalka­n dan melakukan semula proses pencalonan bagi pemilihan pucuk pimpinan badan induk itu sempena mesyuarat agung tahunan (AGM), 16 November ini.

Naib Presiden KHA, Thaitchana Muruthi, percaya ada unsur penipuan dalam proses pencalonan yang menyaksika­n borang senarai calon yang dihantar badan induk itu ditukar pada saat akhir.

“Saya berharap MHC membatalka­n seluruh proses pemilihan ini dan membuat semula proses pencalonan ini. Dalam masa sama kami berharap satu panel pemilihan bebas ditubuhkan dalam memastikan keseluruha­n proses berjalan dengan telus.

“Kami mahukan campur tangan daripada pihak berkuasa untuk menghentik­an proses yang tidak betul ini dan tindakan diambil bagi memastikan imej sukan ini terus terbela,” katanya semalam.

Terdahulu, KHA tampil membuat bantahan berhubung kemelut pertukaran nama calon pada saat akhir yang menafikan Datuk Kamarudin Meranun bertanding jawatan Presiden MHC.

Menerusi surat bertarikh 7 November yang dipanjangk­an kepada pihak berkaitan, KHA berharap satu bedah siasat dapat dijalankan menjelang AGM nanti.

Thaitchana, berkata surat itu sudah diserahkan kepada Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, Majlis Olimpik Malaysia (MOM) dan Pejabat Pesuruhjay­a Sukan (PPS).

“KHA mengemukak­an aduan rasmi bagi membolehka­n siasatan awal dan tindakan yang sesuai diambil berhubung salah laku yang melanggar peraturan serta protokol membabitka­n proses pencalonan AGM MHC ke-66,” katanya.

Pada masa sama, KHA turut menggarisk­an kronologi penyerahan borang pencalonan agar ketiga-tiga pihak berkenaan dapat memahami situasi yang terjadi.

“Sebaik menerima notis AGM daripada MHC, satu mesyuarat majlis tertinggi KHA diadakan pada 30 Oktober 2019. Majlis tertinggi kemudianny­a memutuskan individu yang mahu dicalonkan untuk pemilihan MHC.

“Seterusnya Borang pencalonan dihantar kepada sekreteria­t MHC pada 1 November sebelum emel kedua dihantar 2 November (sehari kemudianny­a) kerana berlaku kesalahan ejaan pada bahagian pencalonan presiden,” katanya.

 ??  ?? Surat bantahan KHA mendesak MHC membatalka­n dan melakukan semula proses pencalonan.
Surat bantahan KHA mendesak MHC membatalka­n dan melakukan semula proses pencalonan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia