Berita Harian

Pentas terbaik bukti kemampuan

- Mfitrie@bh.com.my

Kuala Lumpur: “Ini masanya!

Itu kesimpulan ringkas untuk menggambar­kan pendirian tonggak tengah negara, Nor Azam Azih mengenai persaingan antara pemain yang dipanggil dalam skuad kebangsaan kali ini.

Menurutnya, aksi persahabat­an menentang Tajikistan di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam ini adalah pentas terbaik untuk semua pemain membuktika­n kemampuan tanpa mengira status.

“Saya rasa bangga apabila kembali dipanggil ke dalam pasukan. Pemilihan sekarang ramai pemain senior dan junior. Saya juga harap pemain senior dapat bantu pemain junior.

“Dengan kehadiran pemain baharu dan lama, situasi di posisi tengah cukup baik,” katanya ketika ditemui pada sidang media di Bukit Jalil, semalam.

Ketiadaan Nor Azam pada aksi Kelayakan Piala Dunia 2022/ Piala Asia 2023 baru-baru ini nyata sedikit merencatka­n posisi itu namun kehadiran semula tonggak Pahang berkenaan jelas melegakan Cheng Hoe.

Bagaimanap­un, Nor Azam akui dia mengimpika­n kemenangan ke atas Tajikistan bagi memotivasi­kan seluruh pasukan sebelum menentang Thailand pada aksi Kumpulan G Kelayakan Piala Dunia 2022/ Piala Asia 2023, Khamis ini.

“Harap kami dapat meraih kemenangan pada perlawanan esok (malam ini) bagi meningkatk­an motivasi dan keserasian antara pemain. Jadi, saya harap mampu tampil aksi terbaik pada perlawanan ini,” katanya.

Oleh Mohd Fitrie Muhamad

Kuala Lumpur: Aksi persahabat­an bertemu Tajikistan di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam ini harus menjadi kayu pengukur terhadap kemampuan skuad Harimau Malaya sebelum berdepan Thailand dan Indonesia pada aksi Kelayakan Piala Dunia 2022/ Piala Asia 2023.

Justeru, pengendali­nya, Tan Cheng Hoe mengakui pertembung­an menentang Tajikistan yang berada pada ranking ke116 dunia itu menjadi peluang terbaik untuk mencari strategi lebihw berkesan khususnya ketika berdepan lawan yang jauh lebih baik berbanding Malaysia.

Malah, aksi terbabit turut membolehka­n Cheng Hoe mengenal pasti kelemahan pasukan sama ada sudah bersedia sepenuhnya sebelum dua aksi penting yang bakal menjadi penentu dapat meneruskan kemaraan ke pusingan kelayakan Piala Dunia/piala Asia atau sebaliknya.

“Saya selalu tegaskan kami perlu bermain dengan pasukan lebih kuat untuk dapatkan keyakinan dan kita perlu belajar sesuatu daripada segi teknikal taktikal dan u a i - tensiti perlawanan.

“Bukan senang untuk dapatkan pasukan lebih baik daripada kita. Kebetulan kita ada peluang dan kita perlu ambil kesempatan ini,” katanya ketika sidang media di Bukit Jalil, semalam.

Sebelum aksi dengan Vietnam, 10 Oktober lalu, Harimau Malaya yang menduduki ranking ke-158 hanya berkesempa­tan menentang Sri Lanka yang menghuni ranking ke-203 dunia.

Justeru, Cheng Hoe akan memanfaatk­an sepenuhnya perlawanan malam ini untuk mencari bayangan kesebelasa­n utama yang terbaik yang diyakini mampu menggempur Thailand selepas ini.

“Kita nampak Tajikistan dalam aksi kelayakan Piala Dunia ini. Mereka memiliki intensiti, kualiti dan juga fizikal lebih baik berbanding pemain kita.

“Kita perlu menyerang sebagai satu unit dan begitu juga ketika bertahan. Kami masih lagi mencari kombinasi dan ramuan terbaik untuk kesebelasa­n utama untuk menentang Thailand nanti,” katanya.

Selepas tiga aksi pusingan kedua kempen kelayakan, Thailand berada di kedudukan teratas Kumpulan G berkongsi tujuh mata bersama Vietnam sementara Malaysia di tangga keempat dengan tiga mata.

Malaysia melakar kemenangan dramatik 3-2 ke atas Indonesia di Jakarta sebelum tewas dua perlawanan masing-masing kepada Emiriah Arab Bersatu (UAE) (1-2) di Stadium Nasional dan tumpas 0-1 di tangan Viet

 ?? (Foto Owee Ah Chun) ?? ,
Cheng Hoe dan Nor Azam bersama Toshev dan Akhtam pada sidang media perlawanan persahabat­an Malaysia menentang Tajikistan di Bukit Jalil, semalam.
(Foto Owee Ah Chun) , Cheng Hoe dan Nor Azam bersama Toshev dan Akhtam pada sidang media perlawanan persahabat­an Malaysia menentang Tajikistan di Bukit Jalil, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia