Berita Harian

Thailand ujian Luqman

- Zulfaizan@bh.com.my

Kim Swee belum terpikat aksi penyerang B-18

Oleh Zulfaizan Mansor

Kuala Lumpur: Prestasi sebenar penyerang remaja sensasi negara, Luqman Hakim Shamsudin hanya boleh dinilai apabila berdepan Thailand pada aksi terakhir Kumpulan

G kelayakan Kejuaraan B-19 Konfederas­i Bolasepak Asia (AFC) 2020, esok.

Luqman sudah menyumbang lima gol buat skuad negara dalam kempen kelayakan itu termasuk meledak satu gol berdepan Kemboja dan empat gol ketika membelasah Brunei 11-0 namun dia yang masuk pada babak kedua ketika membelasah Kepulauan Mariana Utara 10-0, semalam gagal menjaringk­an gol.

Namun, pengendali skuad B-22 negara, Datuk Ong Kim Swee menjelaska­n masih terlalu awal untuk menilai prestasi sebenar Luqman yang turut berada dalam perancanga­nnya bagi menghadapi Sukan

SEA, hujung bulan ini.

“Kalau lihat dua perlawanan lalu, tidak dinafikan Luqman bermain dengan baik, dia mampu menjaringk­an gol. Tapi kita harus ingat mereka hanya bermain dengan pasukan Kemboja dan Brunei.

“Saya ingin lihat persembaha­n yang lebih baik terutama apabila mereka berdepan Thailand kerana dari perlawanan itu baru saya boleh menilai prestasi Luqman dengan lebih jelas.

“Kita tahu Thailand adalah pasukan pilihan di sana, tapi dengan prestasi pasukan B-18 negara ketika ini, saya percaya mereka mampu mendapatka­n keputusan yang baik,” katanya.

Selain Luqman, dua lagi pemain skuad B-18 berada dalam perancanga­n Kim Swee untuk Sukan SEA kali ini iaitu Harith Haiqal Adam Afkar dan Umar Hakeem Suhar Rezwan.

Mengulas lanjut, Kim Swee berkata tiga pemain itu juga perlu membuktika­n kemampuan mereka bersama skuad B-22 selepas kembali dari kempen kelayakan itu.

“Saya akan nilai mereka pada perlawanan persahabat­an yang mana kita akan berdepan satu pasukan tempatan dan antarabang­sa sebelum memutuskan senarai akhir pemain yang akan ke Sukan SEA,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia