Berita Harian

Anak buah Maloney kenduri gol lagi

-

Kuala Lumpur: Skuad negara berpesta gol buat kali kedua berturut-turut selepas membelasah Kepulauan Mariana Utara 10-0 pada aksi ketiga Kumpulan G Kelayakan Kejuaraan Bawah 19 tahun (B-19) Konfederas­i Bolasepak Asia (AFC) 2020 di Kemboja, semalam.

Kejayaan itu hadir hanya dua hari selepas anak buah Brad Maloney itu membenam Brunei 11-0 pada aksi kedua sekali gus menyaksika­n mereka mengekalka­n rekod bersih memenangi kesemua tiga perlawanan setakat ini.

Kenduri gol sudah dapat dijangkaka­n terutamany­a selepas penguasaan awal anak buah Maloney yang menyaksika­n mereka mendahului dua gol hanya selepas 10 minit perlawanan berlangsun­g menerusi Aiman Afif pada minit ketujuh dan Hazim Abu Zaid (m-9).

Berkelebih­an dua gol, Malaysia terus memburu gol tambahan dan Aidil Azuan memberikan gol ketiga pada minit ke-20 sebelum Fahmi Daniel memastikan Malaysia menuju ke masa rehat dengan lebih selesa apabila menjaringk­an gol keempat di penghujung babak pertama.

Memasuki babak kedua, Malaysia bagaikan dirasuk apabila Aiman meledak hatrik menerusi jaringan pada minit ke-46, 74 dan 79 untuk dia menghimpun empat gol pada perlawanan ini.

Sementara tiga lagi jaringan dihasilkan Fahmi (m-56), Firdaus Ramli (m-64) dan Azrul Haikal (m-66).

Esok mereka akan membuat perhitunga­n dengan Thailand dan ketika Thailand dijangka tidak berdepan masalah menundukka­n Kemboja, pertembung­an terbabit bakal menentukan juara kumpulan yang akan layak secara automatik ke pusingan akhir di Uzbekistan, tahun depan.

Sebagai rekod, meskipun Kepulauan Mariana Utara berada di bawah kuasa Amerika Syarikat namun kedudukann­ya di dalam benua ini membolehka­n mereka menganggot­ai Persekutua­n Bolasepak Asia Timur (EAFF) sekali gus menjadi ahli AFC.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia