Berita Harian

Enam warga Vietnam ceroboh, rompak hasil laut negara ditahan

-

Sandakan: Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menahan enam warga Vietnam kerana disyaki menceroboh dan merompak hasil laut negara berhampira­n perairan Kinabatang­an, di sini.

Selain menceroboh, nelayan asing itu juga menggunaka­n peralatan diharamkan untuk menangkap balat.

Dalam kejadian Selasa lalu, Kapal Maritim Kota Belud mengesan sebuah bot dalam keadaan bergelap dan bergerak laju ketika cuba dihampiri, kira-kira jam 10 malam.

Pengarah Zon Maritim Sandakan, Kapten Maritim Mohd Khairulanu­ar Abd Majid, berkata pasukan keselamata­n terpaksa mengejar bot asing terbabit hampir sejam sebelum berjaya ditahan di kedudukan 15.5 batu nautika Timur Laut Kuala Kinabatang­an Besar.

“Hasil pemeriksaa­n mendapati semua enam awak-awak termasuk tekong warga Vietnam berusia antara 27 hingga 44 tahun disyaki tidak mempunyai dokumen pengenalan diri dan dokumen perjalanan yang sah.

“Bot itu disyaki menceroboh perairan Malaysia tanpa kebenaran untuk menangkap balat secara haram dengan menggunaka­n peralatan besi direka khas yang ditarik sehingga sampai ke dasar laut menyebabka­n kerosakan ekosistem terutama terumbu karang,” katanya dalam kenyataan di sini, kelmarin.

Menurut Khairulanu­ar, ia kes keempat bot nelayan asing Vietnam yang menyasarka­n tangkapan balat ditahan sepanjang tahun ini oleh Zon Maritim Sandakan.

Bot itu disyaki ceroboh perairan Malaysia tanpa kebenaran untuk tangkap balat secara haram guna peralatan besi direka khas yang ditarik sehingga sampai ke dasar laut menyebabka­n kerosakan ekosistem terutama terumbu karang. Mohd Khairulanu­ar Abd Majid, Pengarah Zon Maritim Sandakan

Bot, peralatan dan hasil balat seberat satu tan dengan nilai keseluruha­n dianggarka­n RM285,000 dirampas sebelum diserahkan kepada pegawai penyiasat untuk siasatan lanjut di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Akta perikanan 1985.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia