Berita Harian

PPM tumpas cubaan seludup 5,000 liter petrol

-

Semporna: Lebih 5,000 liter petrol dirampas Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 4 dalam serbuan di tiga lokasi berasingan di Kampung Kuala Bibang, di sini, Rabu lalu.

Serbuan kira-kira jam 6.40 petang itu susulan maklumat Unit Risikan Marin (URM) bersama Bahagian Risikan Kawasan Keselamata­n Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) bagi mengekang lokasi penyeludup­an barang kawalan di kawasan berkenaan.

Komander PPM Wilayah 4 Sabah, Asisten Komisioner Mohamad Pajeri Ali, berkata dalam serbuan itu, pihaknya turut menahan seorang lelaki tempatan berumur 47 tahun disyaki suspek dan dalang utama aktiviti penyeludup­an di kampung berkenaan.

“Hasil pemeriksaa­n di kedai runcit milik suspek turut menemui sebuah stor dalam keadaan berkunci dipercayai dijadikan tempat penyimpana­n petrol bersubsidi.

“Kita kemudian menemui 3,400 liter petrol dalam 136 tong, dengan setiap satu mengandung­i kira-kira 25 liter bahan api itu,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, semalam.

Katanya, suspek yang mengaku memiliki semua barang kawalan berkenaan gagal mengemukak­an sebarang dokumen kelulusan atau permit sah daripada Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).

Dalam serbuan itu yang juga sebahagian daripada Ops Pensura

Khas, PPM Wilayah 4 turut merampas kira-kira 800 liter pertol yang disimpan dalam sebuah perahu, dipercayai sedang menunggu masa untuk diseludup ke negara jiran.

Bagaimanap­un, Mohamad Pajeri berkata, tiada individu atau pihak yang tampil atau mengaku sebagai pemilik bot atau petrol berkenaan.

“Sepanjang operasi ini, selain petrol, enam perahu pelbagai saiz bersama 10 unit enjin sangkut turut dirampas dengan nilai keseluruha­n dianggarka­n berjumlah RM187,736.

“Semua barang rampasan itu dibawa ke Markas Operasi PPM Semporna untuk siasatan lanjut mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961,” katanya.

 ?? (Foto ihsan PPM) ?? Anggota PPM menunjukka­n sebahagian minyak diesel yang dirampas dalam tiga serbuan berasingan Ops Pensura Khas di Semporna.
(Foto ihsan PPM) Anggota PPM menunjukka­n sebahagian minyak diesel yang dirampas dalam tiga serbuan berasingan Ops Pensura Khas di Semporna.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia