Berita Harian

Lelaki ugut ibu didenda RM4,000

-

Miri: Seorang lelaki didenda RM4,000 atas dua pertuduhan mengugut ibunya dengan memecahkan tingkap dan merosakkan pintu rumah keluargany­a di Bandar Baru Permyjaya, di sini.

Tertuduh, Cantona Henry, 22, mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan Pegawai Pendakwa, Inspektor Mohd Khairi Mohd Noor di hadapan Majistret Eleanor Mako Timothy.

Eleanor kemudian menetapkan hukuman dua bulan penjara jika tertuduh gagal membayar denda berkenaan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan ugutan jenayah terhadap Mary Ajan, 50, dengan cara memecahkan cermin tingkap dan merosakkan pintu rumah dengan niat menakutkan ibunya.

Bagi tuduhan kedua, Cantona didapati melakukan perbuatan khianat dengan memecahkan cermin tingkap dan merosakkan pintu rumah milik ibunya menggunaka­n batu-bata sehingga menyebabka­n kerugian RM300.

Kedua-dua kesalahan itu didakwa dilakukan tertuduh pada jam 12.30 pagi pada 3 November lalu di rumah keluargany­a di Taman Permy, Bandar Baru Permyjaya di sini.

Tertuduh merayu hukuman ringan dan menyesal atas perbuatann­ya itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia