Berita Harian

NREB buka 9 kertas siasatan terhadap individu, syarikat

Tindakan mudahkan proses pendakwaan, bukti ketegasan kerajaan negeri

- Mdroji@bh.com.my

Oleh Mohd Roji Kawi

Petra Jaya: Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB) Sarawak membuka sembilan kertas siasatan terhadap individu dan syarikat yang didapati melakukan pembakaran terbuka sehingga menyebabka­n jerebu di negeri ini sepanjang tahun ini.

Menteri Muda Pembanguna­n Bandar dan Sumber Asli Sarawak, Datuk Len Talif Salleh, berkata tindakan itu bagi memudahkan proses pendakwaan di mahkamah, sekali gus memperliha­tkan ketegasan kerajaan negeri dalam membendung kegiatan pembakaran terbuka.

Pada masa yang sama, katanya, NREB Sarawak turut mengeluark­an kompaun berjumlah RM7,002 terhadap tujuh individu yang didapati melakukan pembakaran terbuka tahun ini.

“Selain NREB, tindakan turut diambil Jabatan Alam Sekitar (JAS) terhadap mereka yang didapati melakukan pembakaran terbuka.

“JAS mengeluark­an 10 kompaun berjumlah RM20,000 dan membuka satu kertas siasatan untuk tindakan pendakwaan tahun ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Tiong Thai King (PSB - Dudong) pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, di sini, semalam.

Len Talif berkata, kerajaan negeri serius menangani isu alam sekitar, khususnya kegiatan pembakaran terbuka yang menyumbang keadaan berjerebu setiap tahun.

Justeru, Rang Undang-undang (RUU) Sumber Asli dan Alam Sekitar (Pindaan) 2019, yang diluluskan Selasa lalu meningkatk­an lagi jumlah kompaun kepada RM100,000.

“Bagi meningkatk­an keupayaan mengesan kualiti udara, kerajaan negeri juga menubuhkan empat stesen pemantauan kualiti udara baharu di Sarawak iaitu di Lawas, Lubok Antu, Tebedu dan Lundu,” katanya.

Mengulas mengenai masalah jerebu yang melanda negeri ini pada September lalu, Len Talif menjelaska­n ia disebabkan oleh pergerakan jerebu rentas sempadan dari Kalimantan, Indonesia dan kebakaran hutan di negeri ini.

“Bagi jerebu rentas sempadan, ASEAN sudah menubuhkan Jawatankua­sa Pemandu Kementeria­n Sub-wilayah (MSC) mengenai Jerebu Rentas Sempadan untuk merangka tindakan bagi menangani masalah itu.

“Jawatankua­sa itu yang dianggotai oleh menteri alam sekitar dalam kalangan negara anggota (ASEAN) yang akan bermesyuar­at sekurang-kurangnya sekali setahun,” katanya.

Malah, katanya, Kerajaan Persekutua­n

NREB Sarawak turut mengeluark­an kompaun berjumlah RM7,002 terhadap tujuh individu yang didapati melakukan pembakaran terbuka tahun ini.

juga sudah mengemukak­an nota diplomatik kepada Indonesia dalam usaha menangani masalah pembakaran hutan di negara itu yang mencetuska­n jerebu di negara jiran, terutama Malaysia dan Singapura.

 ??  ??
 ??  ?? Keratan akhbar BH 22 September lalu.
Keratan akhbar BH 22 September lalu.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia