Berita Harian

3 hari hilang, muncul semula di balai polis

-

Bintulu: Selepas tiga hari dilaporkan hilang, seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun muncul di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Bintulu, di sini, jam 8 pagi semalam.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, berkata berikutan perkembang­an positif itu, operasi mencari dan menyelamat (SAR) dihentikan serta-merta.

“Difahamkan, kanak-kanak itu sudah diambil keterangan oleh pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah IPD Bintulu bagi mendapatka­n maklumat terperinci kehilangan­nya,” katanya.

Kehilangan Stanley Seli, 11, dilaporkan ibu bapanya di Balai Polis Bintulu, Rabu lalu kerana bimbang sesuatu buruk berlaku ke atas anak lelaki mereka itu.

Difahamkan, kanak-kanak itu memasuki kawasan hutan di belakang Rumah Panjang Galin Andam di Batu 8, Jalan Bintulu Miri, Selasa lalu, sebelum kehilangan­nya disedari.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia