Berita Harian

Kempen BN, PAS ‘serba tak kena‛ kerana isu hudud

Kempen lebih intensif, tingkat pertemuan dengan pengundi

- Oleh Mohamed Farid Noh dan Junita Mat Rasid bhnews@bh.com.my

Pontian: Calon Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai mula menggunaka­n kaedah pendekatan peribadi dan bertumpu ketika memasuki minggu kedua kempen hari ini.

Calon Pakatan Harapan (PH), Karmaine Sardini, berkata beliau serta jentera kempennya sudah selesai melawat ke semua 27 Pusat Daerah Mengundi (PDM) di parlimen berkenaan.

Karmaine yang juga Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Bahagian Tanjung Piai, berkata sekarang adalah masanya untuk meningkatk­an kempen secara lebih intensif dengan pertemuan peribadi bersama pengundi.

“Sekarang masanya untuk saya meningkatk­an lagi kempen dengan menggunaka­n pendekatan lebih peribadi dan bertumpu.

“Pada minggu pertama kempen saya sudah melawat ke 27 PDM dengan memperkena­lkan diri namun minggu kedua saya akan kembali ke kawasan berkenaan bertemu semua pengundi secara peribadi dan lebih mendalam.

“Saya akan ambil kesempatan cuti hujung minggu meningkatk­an pertemuan dengan pengundi berikutan pada masa ini pengundi luar biasanya pulang ke sini selain penduduk berada di rumah, ” katanya pada sidang media di PDM Teluk Kerang, dekat sini, semalam.

Yang turut hadir, Ketua Penerangan PKR, Datuk Seri Shamsul

Iskandar Mohd Akin.

Karmaine berkata, pengundi juga memberi maklum balas lebih suka berjumpa calon secara peribadi berbanding berkumpula­n.

“Saya sudah bersedia meningkatk­an kempen secara lebih intensif dan akan bertemu setiap pengundi dari rumah ke rumah, ” katanya.

Sementara itu calon BN, Datuk Seri Dr Wee Jeck Seng, turut menggunaka­n pendekatan bertemu kumpulan kecil pengundi.

“Saya menganggap dan melayan mereka seperti kawan lama dan keluarga sendiri apatah lagi ramai yang memang sudah dikenali sejak dulu.

“Saya juga sudah hampir selesai mengunjung­i semua 27 PDM di Tanjung Piai dan setakat ini penerimaan penduduk positif,” katanya.

Jeck Seng memulakan kempen hari ketujuh dengan mengunjung­i Padang Awam Pontian yang menjadi lokasi utama penduduk bersenam dan berekreasi di situ.

Sementara itu, hujan lebat dan ribut yang berlarutan selama beberapa jam awal pagi semalam merencatka­n kempen selain menyebabka­n bahan kempen seperti bendera parti dan papan iklan calon rosak.

Hujan lebat sejak kira-kira jam 7 pagi itu turut menyebabka­n kejadian pokok tumbang di laluan Pontian - Kukup.

 ??  ??
 ?? (Foto Hairul Anuar Rahim/bh) ?? Karmaine beramah mesra dengan pengundi ketika berkempen di Kampung Parit Wer, Telok Kerang, Pontian, semalam.
(Foto Hairul Anuar Rahim/bh) Karmaine beramah mesra dengan pengundi ketika berkempen di Kampung Parit Wer, Telok Kerang, Pontian, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia