Berita Harian

MANA BOLA?

RM1,000 MENANGI & TELEFON PINTAR SETIAP MINGGU

- Oleh Mohd Fitrie Muhamad mfitrie@bh.com.my

Kuala Lumpur: Selepas lapan tahun gagal memenangi pingat emas dalam acara bola sepak, Sukan SEA Manila 2019 hujung bulan ini harus menjadi misi utama kontinjen negara menamatkan kemarau ‘ibu segala pingat’ itu.

Justeru, tumpuan sudah tentu terarah kepada Datuk Ong Kim Swee untuk merencanak­an perancanga­n ampuh bagi memastikan misi itu direalisas­ikan skuad bola sepak bawah 22 tahun (B-22).

Walaupun belum ada senarai akhir pemain yang dikeluarka­n oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) untuk dibawa ke Manila, harapan terhadap pasukan muda negara nyata memuncak.

Dalam undian baru-baru ini, skuad negara diletakkan dalam Kumpulan A bersama Filipina, Myanmar, Kemboja dan Timor Leste.

Selain Filipina yang dianggap pilihan selaku tuan rumah, Kim Swee turut melabel Myanmar sebagai pencabar utama anak buahnya memandangk­an lawan itu kini dilaporkan sedang menjalani latihan di Qatar.

“Kita tahu secara atas kertas Myanmar adalah halangan utama kami. Kita tidak boleh ambil mudah kerana apa yang saya dapat tahu mereka kini menjalani latihan pusat di Qatar.

“Tetapi saya percaya pemain yang kita sedia ada boleh berikan saingan dan menghadirk­an keputusan positif,” katanya ketika ditemui pada sesi latihan, barubaru ini.

Untuk rekod, ketika edisi 2017 di Kuala Lumpur, harapan peminat untuk menyaksika­n skuad negara memenangi ‘ibu segala pingat emas’ di depan penyokong sendiri lebur apabila tunduk 0-1 kepada Thailand.

Sementara itu, skuad wanita diletakkan sasaran untuk cuba layak sekurang-kurangnya ke separuh akhir.

Skuad kendalian Jacob Joseph yang kini sedang menjalani latihan di Akademi Mokhtar Dahari (AMD), Gambang, Pahang turut diundi berada dalam Kumpulan A bersama Myanmar dan Filipina.

Pengerusi Jawatankua­sa Bola Sepak Wanita FAM, Datuk Suraya Yaacob berkata keputusan berlatih di Gambang untuk menyesuaik­an pemain dengan padang rumput tiruan.

“Kita cuba atur perancanga­n sehabis baik untuk pasukan dan kini sedang giat menjalani latihan di Gambang. Kita harap kali ini kita mampu hadirkan sesuatu, sekurang-kurangnya ke separuh akhir,” katanya.

 ??  ??
 ?? (Foto Hafiz Sohaimi) ?? Kim Swee pada sesi latihan Skuad B-22 ke pusingan kelayakan Sukan SEA 2019 Manila, di Padang Wisma FAM.
(Foto Hafiz Sohaimi) Kim Swee pada sesi latihan Skuad B-22 ke pusingan kelayakan Sukan SEA 2019 Manila, di Padang Wisma FAM.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia