Berita Harian

Lima maut, 300 cedera

Operasi menyelamat tertumpu di Varnakesh, Varzaghan

-

Gempa bumi berukuran 5.9 magnitud melanda kawasan barat laut Iran, awal pagi semalam, mengakibat­kan lima penduduk maut, manakala 300 lagi cedera.

Pusat Seismologi Iran berkata, kejadian berlaku pada jam 1.17 pagi (waktu tempatan) di kawasan yang terletak kira-kira 120 kilometer di tenggara Tabriz di wilayah Azerbaijan timur.

Ia dianggap membawa kekuatan sederhana, dengan pusat gempa terletak pada kedalaman lapan kilometer dan disusuli dengan lima gempa susulan.

Gabenor wilayah, Mohammadre­za Pourmohamm­adi ketika memaklumka­n media tempatan, berkata operasi menyelamat membabitka­n 41 perkampung­an, tetapi kemusnahan tertumpu di dua kawasan, iaitu Varnakesh dan Varzaghan.

Menurut perkhidmat­an kecemasan, hampir 340 penduduk menerima rawatan di hospital, tetapi 17 daripadany­a sudah dibenarkan keluar, tengah hari semalam.

Insiden itu turut mengakibat­kan kira-kira 40 kediaman musnah, manakala lebih 200 ternakan terkorban.

Pada masa sama, kira-kira 100 penduduk berjaya dibawa keluar dari bawah runtuhan bangunan dan kediaman mereka.

Menjelang tengah hari semalam, pasukan kecemasan sudah mengedarka­n kit penyelamat, dapur, selimut dan khemah di 78 kampung.

Malah, di Varnakesh, pusat perlindung­an sementara turut dibina.

Terdahulu, Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS) mengeluark­an amaran mengenai kemusnahan teruk, dan bencana itu mungkin melanda kawasan lain.

Bagaimanap­un, di beberapa ka wasan orang ramai sudah mula pulang ke kediaman masing-masing, selepas keadaan kembali reda dan tiada gempa susulan dilaporkan.

 ??  ??
 ?? (Foto EPA) ?? Sisa runtuhan bangunan akibat gempa bumi di Varnakesh, di tenggara bandar Tabriz, wilayah Azerbaijan timur.
(Foto EPA) Sisa runtuhan bangunan akibat gempa bumi di Varnakesh, di tenggara bandar Tabriz, wilayah Azerbaijan timur.
 ?? (Foto EPA) ?? Sebuah kereta musnah ditimpa runtuhan bangunan.
(Foto EPA) Sebuah kereta musnah ditimpa runtuhan bangunan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia