Berita Harian

Lampard dilema jumpa Palace

-

London: Chelsea akan menerima kunjungan Crystal Palace di Stamford Bridge, malam ini namun pengendali The Blues, Frank Lampard berdepan dilema untuk memilih jentera tengah terbaik susulan masalah kecederaan dan penggantun­gan pemain.

Blues memenangi semua aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) sejak tewas 1-2 di laman sendiri, September lalu namun Lampard akan bergelut untuk mengisi barisan tengahnya untuk berdepan Palace ketika Ross Barkley dan Mason Mount dijangka terpaksa disisihkan.

Jorginho yang beraksi cemerlang musim ini digantung selepas mengutip kad kuning kelima ketika menentang Watford minggu lalu.

Justeru, N’golo Kante dijangka kembali membarisi kesebelasa­n utama walaupun Lampard lebih suka menurunkan­nya dalam 20 minit terakhir memandangk­an dia baru pulih daripada kecederaan.

Bagaimanap­un, kehilangan beberapa pemain tengah menyaksika­n pemain tengah

Perancis itu mungkin perlu memulakan perlawanan dalam kesebelasa­n utama.

Pemain itu akan berganding­an dengan seorang lagi pemain tengah yang turut beraksi dengan baik musim ini iaitu Mateo Kovacic.

Satu lagi kekosongan bakal diisi pemain muda mereka, Billy Gilmour selepas mereka tiada pilihan dengan pemain berusia 18 tahun itu hanya beraksi enam minit dalam saingan EPL setakat ini.

Tiada perubahan dapat dijangkaka­n daripada posisi serangan di mana sayap kanan hampir pasti menjadi milik Willian sementara Cristian Pulisic yang cemerlang meledak satu gol menentang Watford minggu lalu akan terus diberi kepercayaa­n di bahagian sayap kiri. Lampard akan terus menggunaka­n Tammy Abraham sebagai penyerang tunggal selepas penyerang muda itu sudah meledak sembilan gol musim ini - rekod sama dicatatkan penyerang Manchester City, Sergio Aguero.

 ??  ?? Frank Lampard
Frank Lampard

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia