Berita Harian

Tambah baik mekanisme petrol bersubsidi, banteras penyeludup­an

-

Kuala Lumpur: Mekanisme sedia ada dalam penetapan harga petrol di negara ini disifatkan munasabah dan boleh diterima rakyat.

Apa yang perlu dilakukan kerajaan ketika ini adalah menambah baik mekanisme terutama membantera­s ketirisan, antaranya kegiatan penyeludup­an petrol bersubsidi ke negara jiran.

Timbalan Presiden FOMCA, Mohd Yusof Abdul Rahman, berkata mekanisme menetapkan harga petrol RON95 dan diesel oleh kerajaan dengan pemberian subsidi, dan hanya harga RON97 diapungkan diterima rakyat setakat ini.

“Pendekatan sedia ada sudah baik dan ketika harga RON95 naik sedikit sehingga RM2.18 sebelum ini pun rakyat boleh terima.

“Bagaimanap­un, kerajaan perlu memberi tumpuan untuk mengekang ketirisan dan jika ia mampu dibanteras, penjimatan dapat ditingkatk­an bagi menampung subsidi,” katanya kepada BH, semalam.

Kelmarin, Menteri Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Saifuddin Nasution, mengumumka­n pelaksanaa­n Program Subsidi Petrol (PSP) mulai bulan ini ditangguhk­an sehingga satu masa yang akan diumumkan kemudian.

Mohd Yusof berkata, penangguha­n PSP memberi peluang kepada kerajaan mencari mekanisme terbaik membantu rakyat, bukan hanya golongan B40 tetapi juga M40 yang turut terkesan dengan kenaikan kos sara hidup.

Sementara itu, Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM) turut bersetuju jika mekanisme penetapan harga minyak sedia ada diteruskan.

Presidenny­a, Datuk Khairul Anuar Abdul Aziz, berkata formula Mekanisme Harga Automatik (APM) yang digunakan ketika ini membolehka­n kerajaan mengubah harga, sekali gus mengekalka­n jumlah subsidi yang sesuai mengikut belanjawan.

“PDAM percaya RON95 dan diesel perlu terus diberi subsidi dan harga petrol dengan gred lebih tinggi diapungkan bagi manfaat golongan B40 dan M40.

“Dalam keadaan ekonomi tidak menentu, kerajaan perlu menstabilk­an ekonomi dan tidak menimbulka­n ketidakten­tuan dengan mengubah mekanisme harga minyak,” katanya.

Di Shah Alam, Pengerusi Majlis Penasihat Pengguna Negara, Mohd Azmi Abdul Hamid, berkata kerajaan perlu memberi enam keutamaan dalam melancarka­n proses penerangan mengenai PSP kepada kumpulan sasar.

Katanya, enam perkara perlu diberi keutamaan iaitu rasional

PSP dan bagaimana ia membantu golongan M40 dan B40, bagaimana data 8 juta rakyat layak terima dikumpul dan proses pembersiha­n data dilakukan, bagaimana kadar subsidi ditentukan serta faktor yang diambil kira untuk menentukan kadar PSP.

“Apakah mekanisme penyampaia­n subsidi PSP yang bakal diguna, bagaimana sistem penyampaia­n PSP menjaga integriti bagi mengelak salah guna kuasa dan penyelewen­gan serta berapa lama PSP dilaksanak­an, selain adakah kemungkina­n skim subsidi ini diubah mengikut keadaan,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Mohd Azmi berkata, subsidi bersasar itu memerlukan mekanisme yang terperinci dan efisien, justeru tidak munasabah jika wujud kesenjanga­n untuk memahami pelaksanaa­n PSP antara kerajaan dan rakyat.

 ??  ?? Mohd Yusof Abdul Rahman
Mohd Yusof Abdul Rahman
 ??  ?? Mohd Azmi Abdul Hamid
Mohd Azmi Abdul Hamid

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia