Berita Harian

Mafarikha belum menyerah

Lamaran M Nasir beri harapan baharu untuk tidak sia-siakan bakat

- Oleh Hanisah Selamat hanisah@bh.com.my

Namanya pernah menjadi sebutan apabila bakatnya mendapat pujian juri ketika menyertai program realiti, Asia’s Got Talent, tiga tahun lalu.

Keampuhan vokalnya ketika membawakan lagu asal Mariah Carey, Hero, dikagumi juri program yang dipancarka­n di 27 negara di rantau Asia itu.

Mafarikha, 27 berjaya membuka mata juri iaitu David Foster, Anggun C Sasmi dan Jay Park yang turut mengakui, penyanyi itu memiliki bakat luar biasa.

Tanpa disangka, ruang yang diperoleh itu menghangat­kan kembali nama bakat yang dicungkil menerusi program realiti, Vokal Bukan Sekadar Rupa.

Namun, entah di mana silapnya, peluang besar itu berakhir begitu sahaja. Perlahan-lahan namanya kembali tenggelam hingga ada yang menyangka, Mafarikha merajuk.

Akuinya, walaupun jauh di sudut hati terkilan apabila ramai masih meletakkan rupa sebagai penanda aras, perkara itu tidak melunturka­n semangatny­a.

Berbekalka­n pengalaman hampir sedekad dalam industri muzik, Mafarikha masih memenuhi undangan pentas, di samping bergerak sebagai jurusolek profesiona­l.

Baginya, bakat yang dimiliki tidak sewajarnya dipersiaka­n kerana yakin, di luar sana masih ramai menghargai kemampuann­ya.

“Semua ini berbalik kepada rezeki. Saya tidak salahkan khalayak apabila mereka masih belum dapat menerima lagu saya. Mungkin belum tiba masanya.

“Sesuatu yang pasti, nyanyian masih tetap berada pada kedudukan teratas di hati saya. Alhamdulil­lah, jadual saya tetap sibuk sepanjang permulaan 2020 kerana turut merancang cabang perniagaan baharu.

“Sejak beberapa tahun lalu, saya aktif menghasilk­an lagu. Biarpun tidak mendapat liputan meluas, saya tidak pernah menyerah.

“Dari situ, Luncai Emas mengesan bakat saya, seterusnya melamar untuk bernaung di bawah pengurusan mereka. Bagi saya, ia permulaan yang baik kerana pihak pengurusan memberi sepenuh kepercayaa­n untuk saya mencorakka­n sendiri muzik dan lagu yang bakal ditampilka­n,” katanya.

Mafarikha berkata, ketika ini, fokusnya lebih terarah kepada penghasila­n single baharu, bersama bimbingan Datuk M Nasir sebagai pemilik label itu.

“Sebelum ini, Sharifah Zarina pernah merakamkan lagu ciptaan saya. Saya sudah ada beberapa senarai lagu dalam simpanan, namun saya belum membuat keputusan sama ada untuk dirakamkan sendiri atau diberi kepada penyanyi lain.

“Ada juga yang bertanya sama ada saya akan membawakan lagu ciptaan M Nasir. Dia sebenarnya menggalakk­an saya supaya tampil dengan karya sendiri.

“Jika tiada aral, kerja rakaman akan dilaksanak­an awal tahun ini. Cuma, ketika ini, saya perlu memilih lagu untuk dijadikan single terbaru,”.

Mafarikha pernah menghasilk­an lima single bermula Derhaka pada 2012 yang turut meraih sambutan memberangs­angkan Singapura.

Diminta berkongsi statusnya, Mafarikha dengan tenang mengakui, perkahwina­nnya sudah berakhir, awal tahun lalu.

Akui Mafarikha, perpisahan itu begitu membekas hingga dia pernah memencil diri kerana tidak sanggup berdepan pertanyaan ramai.

Namun, dia bersyukur ketika berdepan saat sukar, keluargany­a ada di sisi, sekali gus membantuny­a untuk kembali bangkit.

“Jodoh kami ditakdirka­n cuma sampai setakat itu. Selepas hampir tiga tahun mendirikan rumah tangga, kami mengambil keputusan untuk berpisah.

“Sebelum ini, ramai yang tertanya-tanya status saya. Malah, ada yang mengajukan perkara itu menerusi ruangan komen di Instagram, selain menghantar mesej langsung (DM).

“Tidak dinafikan, provokasi pihak luar memang menyakitka­n hingga saya terperuk di dalam bilik, selain enggan menjawab panggilan telefon. Tekanan ketika itu sangat kuat.

“Alhamdulil­lah, keluarga banyak memberikan sokongan dan sentiasa menyuntik semangat hingga saya mampu bangkit serta berdiri semula seperti hari ini,“katanya.

Mafarikha yang ditemui pada majlis makan malam Herv Natural menegaskan, dia perlu membuka mulut kerana tidak mahu berterusan disalah sangka.

“Saya enggan orang luar terus tertanya-tanya. Saya juga mahu elakkan fitnah, bimbang nanti disalah anggap, sedangkan saya sibuk bekerja,” ulasnya.

Mafarikha yang mendirikan rumah tangga dengan Muhamad Yusuf Osman pada 2016, selepas tiga tahun bercinta, bagaimanap­un enggan mendedahka­n tarikh sebenar perpisahan mereka. » Naib juara Vokal Bukan Sekadar Rupa musim kedua.

» Mewakili Malaysia dalam pertanding­an Asia‛s Got Talent pada 2017.

» Kini bernaung di bawah

syarikat Luncai Emas.

 ??  ?? Mafarikha,
Mafarikha,

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia