Berita Harian

Tindakan AS bunuh Soleimani tak bermoral: PM

-

Putrajaya: Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatka­n serangan udara Amerika Syarikat (AS) yang membunuh pemimpin tertinggi tentera Iran, Qassem Soleimani di Baghdad, Iraq pada Jumaat lalu sebagai tindakan tidak bermoral.

Perdana Menteri berkata, tindakan itu hanya akan meningkatk­an lagi keganasan dunia apabila Iran turut membuat ancaman menyerang balas perbuatan AS.

Beliau menyamakan tindakan AS itu sama seperti kes pembunuhan wartawan Arab Saudi, Jamal Khashoggi di Turki pada Oktober tahun lalu.

Media sebelum ini melaporkan Khashoggi, 59, penulis dengan Washington Post dibunuh di Istanbul, Turki pada Oktober 2018. Mayatnya dipotong oleh skuad 15 orang dalam Konsulat Arab Saudi dan tidak pernah ditemui.

Pada 23 Disember lalu, Mahkamah Arab Saudi menjatuhka­n hukuman mati terhadap lima orang kerana membunuh wartawan berkenaan.

“Ia adalah tindakan di mana sebuah negara membuat keputusan membunuh ketua sesebuah negara di negara lain, sama seperti pembunuhan Kashoggi yang dibunuh di negara lain.

“Kali ini, negara itu (AS) ambil keputusan untuk membunuh ketua dari negara lain. Jadi ini adalah tindakan tidak bermoral, menyalahi undang-undang,” kata Dr Mahathir pada sidang media selepas mempengeru­sikan Mesyuarat Jawatankua­sa Khas Kabinet Mengenai Anti-rasuah (JKKMAR), di sini semalam.

Tindakan itu hanya akan meningkatk­an lagi keganasan dunia apabila Iran turut membuat ancaman untuk menyerang balas perbuatan AS. Dr Mahathir Mohamad, Perdana Menteri

Beliau mengulas ancaman terbaru Presiden AS, Donald Trump untuk menyerang Iran dengan lebih hebat jika negara itu membalas dendam.

Iran sebagai tindak balas terhadap serangan itu, menawarkan ganjaran AS$80 juta (RM328 juta) kepada sesiapa yang berjaya membunuh Trump.

Dr Mahathir menegaskan, sudah tiba masanya untuk negara Islam bersatu, tetapi perkara itu tidak berlaku.

“Kita dapati ada tindakan diambil oleh individu yang begitu berkuasa, bertentang­an dengan undang-undang negaranya dan undang-undang dunia yang mana buat masa ini, kita tidak boleh berbuat apa-apa mengenainy­a.

“Sesiapa pun tidak selamat sekarang. Sebagai contoh, jika ada orang menghina atau tidak sependapat atau tidak suka, tidak menjadi kesalahan untuk orang itu menghantar dron dan menembak sesuka hati,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia