Berita Harian

Tegur perokok secara berhemah bantu sejahterak­an rakyat

-

Kuala Lumpur: Orang ramai diminta bersuara menyatakan hak mereka mendapatka­n persekitar­an bebas asap rokok dengan menegur perokok secara berhemah.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, ketika membuat gesaan itu, berkata langkah terbabit mampu membantu usaha kerajaan melahirkan rakyat sihat dan persekitar­an negara yang sejahtera.

“Di Malaysia, lebih kurang 80 peratus daripada jumlah penduduk adalah golongan bukan perokok tetapi mereka terdedah kepada bahaya asap rokok basi.

“Jadi suara golongan bukan perokok ini penting kerana ia dapat mengurangk­an kemudarata­n kesan asap rokok yang dianggar menyebabka­n 20,000 kematian setahun,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas melancarka­n kempen “Speak

Out: Express Your Right” atau “Suarakan Hak Anda” di Stesen Komuter KL Sentral semalam. Kempen akan berlangsun­g untuk tempoh lima tahun.

Dr Dzulkefly turut meminta orang ramai membudayak­an hak bersuara dengan sopan dan baik agar diambil iktibar oleh perokok secara hormat.

Sehingga semalam, sebanyak 2,617 notis kesalahan dikeluarka­n, membabit 35,979 tempat makan yang diperiksa di seluruh negara sejak penguatkua­saan larangan merokok bermula 1 Januari lalu.

Daripada jumlah itu, 1,911 notis dikeluarka­n bagi kesalahan merokok, 466 notis kepada premis yang gagal pamer tanda larangan merokok, 104 premis menyediaka­n kemudahan merokok dan 136 orang bawah umur yang merokok atau memiliki bahan itu.

Sementara itu di Kuala Terengganu, ada dalam kalangan perokok disaman kerana merokok dalam premis makanan pada waktu malam kerana menyangka tiada operasi dijalankan selepas waktu pejabat.

Sangkaan waktu operasi yang terhad itu menyebabka­n seorang lelaki disaman ketika sedang merokok dalam sebuah kedai makan di bandar raya itu, malam kelmarin.

Pengarah Kesihatan negeri, Dr Azimi Yunus, menegaskan operasi penguatkua­saan merokok bukan sahaja diadakan pada siang hari, malah turut dijalankan sebelah malam termasuk di kawasan pedalaman.

Beliau berkata, operasi penguatkua­saan larangan merokok sama ada pada siang hari atau sebelah malam diadakan mengikut SOP berdasarka­n jadual pegawai dan anggota penguatkua­sa.

“Sepanjang lima hari operasi penguatkua­saan peraturan larangan merokok di premis makanan di seluruh negeri mulai 1 Januari lalu, sebanyak 126 notis kesalahan membabitka­n nilai kompaun RM30,700 dikeluarka­n kepada perokok tegar.

“Notis kesalahan paling banyak dikeluarka­n adalah kepada perokok iaitu 106 dengan nilai kompaun sebanyak RM26,500 manakala 14 lagi notis kesalahan dikeluarka­n kepada pemilik premis kerana gagal mempamerka­n tanda larangan merokok dengan nilai kompaun sebanyak RM3,500,” katanya.

Dr Azimi menjelaska­n, dua notis kesalahan dikeluarka­n kepada pemilik premis kerana menyediaka­n kemudahan merokok dengan nilai kompaun sebanyak RM500 dan empat lagi notis dikeluarka­n atas kesalahan belum dewasa membabitka­n nilai kompaun berjumlah RM200.

Suara golongan bukan perokok ini penting kerana ia dapat mengurangk­an kemudarata­n kesan asap rokok. Dr Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia