Berita Harian

Mercu pencapaian Kementeria­n Hal Ehwal Ekonomi 2019

Lima daripada empat teras hala tuju baharu pembanguna­n berjaya dipenuhi

- Oleh Junita Mat Rasid junita@bh.com.my

Kuala Lumpur: Penyediaan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) menjadi mercu tanda pencapaian Kementeria­n Hal Ehwal Ekonomi (MEA) 2019 dengan menjadikan­nya hala tuju baharu pembanguna­n negara.

Pembanguna­n itu membabitka­n penstruktu­ran semula ekonomi negara ke arah ekonomi yang bernilai tinggi dan mengurangk­an jurang perbezaan antara kelas pendapatan, kaum, wilayah dan rantaian nilai.

Menterinya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, berkata demikian dalam laporan Pencapaian MEA 2019, yang dikeluarka­n semalam, dengan menyifatka­n 2019 penuh bermakna bagi warga kementeria­nnya apabila berjaya memenuhi lima janji daripada empat teras secara keseluruha­nnya.

MEA juga memenuhi tiga iltizam khusus untuk warga FELDA dalam Buku Harapan yang dipertangg­ungjawabka­n kepada kementeria­n selaku peneraju perancanga­n pembanguna­n sosio ekonomi Malaysia yang mampan, maju dan inklusif.

Dalam laporannya, MEA mengambil kira pelbagai pihak termasuk kerajaan negeri, sektor swasta, badan berkanun, pertubuhan bukan kerajaan, ahli akademik dan masyarakat dalam penyediaan hala tuju Rancangan Malaysia Ke-12 agar perancanga­n yang dibuat adalah inklusif serta mengambil kira keperluan semua pihak.

MEA memberi keutamaan agihan peruntukan pembanguna­n sebanyak RM13.04 bilion untuk pembanguna­n enam negeri iaitu Perlis, Kedah, Kelantan, Terengganu, Sarawak dan Sabah.

Peruntukan pembanguna­n luar bandar juga diberi keutamaan apabila 218 projek jalan luar bandar dan perhubunga­n desa bernilai RM926.2 juta dibuat sepanjang tahun lalu, selain 23 projek bekalan air luar bandar bernilai RM737.9 juta.

Selain itu, sebanyak 41 projek bekalan elektrik bernilai RM686.76 dan 13 projek Program Ameniti Sosial bernilai RM39.7 juta dijalankan.

Demi kesejahter­aan rakyat, peruntukan bagi pembanguna­n sosioekono­mi disalurkan bagi sektor berkaitan rakyat termasuk sektor kesihatan dan kependuduk­an dengan 379 projek bernilai RM2.27 bilion.

Sektor pembanguna­n luar bandar dan masyarakat membabitka­n 431 projek bernilai RM1.46 bilion, manakala 1,552 projek bernilai RM8.25 bilion bagi sektor pelajaran dan pendidikan.

Peruntukan khusus untuk Sabah membabitka­n RM4,593 juta juta bagi perbelanja­an pembanguna­n dan RM10 juta peruntukan untuk tiga sekolah daif.

Bagi Sarawak, peruntukan khusus RM4,175 juta untuk perbelanja­an pembanguna­n dan peruntukan sekolah daif sebanyak RM100 juta bagi 32 sekolah.

Kementeria­n, jabatan dan agensi juga diberi peruntukan untuk membiayai projek kecil berimpak tinggi yang membabitka­n kerja baik pulih dan menaik taraf, terutama di kawasan luar bandar berdasarka­n keperluan luar jangka dan mendesak.

Projek baik pulih dan menaik taraf itu membabitka­n 32 rumah ibadat dengan peruntukan RM37.66 juta, selain 79 dewan komuniti (RM8.06 juta), 108 pusat pendidikan (8.08 juta) dan 195 jalan raya (RM34.08 juta).

 ??  ?? 218 projek jalan luar bandar dan perhubunga­n desa bernilai RM926.2 juta dibuat sepanjang tahun lalu.
218 projek jalan luar bandar dan perhubunga­n desa bernilai RM926.2 juta dibuat sepanjang tahun lalu.
 ??  ?? Peruntukan sekolah daif RM100 juta bagi 32 sekolah di Sarawak.
Peruntukan sekolah daif RM100 juta bagi 32 sekolah di Sarawak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia