Berita Harian

KPM sangkal lantik pihak ketiga ambil pelajar UA

-

Putrajaya: Kuala Lumpur: Kementeria­n Pendidikan Malaysia (KPM) tidak melantik mana-mana pihak untuk mewakili kementeria­n itu bagi urusan pengambila­n penuntut Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA).

Bahagian Kemasukan Pelajar IPTA memaklumka­n bahagian itu melalui Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar (UPU) adalah pihak bertanggun­gjawab menyelaras permohonan kemasukan penuntut ke UA tanpa ada campur tangan pihak luar.

Kementeria­n mengamalka­n prinsip meritokras­i dengan mengguna pakai 90 peratus markah akademik dan 10 peratus markah kokurikulu­m dalam proses pemilihan.

“Tiada jalan pintas bagi mendapatka­n tempat melalui permohonan Upuonline berdasarka­n meritokras­i calon yang layak dengan markah merit tertinggi tanpa mengira kaum, agama, negeri, taraf hidup dan tempat tinggal tidak dinafikan hak untuk melanjutka­n pengajian.

“Kejayaan calon memperoleh tempat untuk melanjutka­n pengajian bergantung kepada susunan merit dan pemilihan program pengajian yang dimohon serta bilangan tempat yang disediakan,” kata kementeria­n itu dalam kenyataan, semalam.

Kenyataan itu turut memaklumka­n, menerusi permohonan Upuonline, ada empat kumpulan khas ke IPTA iaitu kumpulan B40, atlet, Orang Asli dan orang kurang upaya (OKU).

Kumpulan berkenaan bagaimanap­un masih perlu melalui saringan pemilihan berdasarka­n prinsip meritokras­i dengan memenuhi syarat minimum kursus atau program ditawarkan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia