Berita Harian

SPPA untuk pekerja Bangladesh akan diperbahar­ui: Kulasegara­n

-

Putrajaya: Kementeria­n Sumber Manusia akan memperbaha­rui Sistem Permohonan Pekerja Asing (SPPA) untuk pekerja Bangladesh selepas kemasukann­ya digantung September lalu.

Menteri Sumber Manusia, M Kulasegara­n, berkata kementeria­nnya akan mengadakan pertemuan dengan kerajaan Bangladesh bagi membincang­kan memorandum Persefaham­an (MOU) itu untuk dikaji semula.

Perkara yang akan dibincangk­an termasuk pelaksanaa­n mekanisme yang telus membabitka­n penyertaan kedua-dua kerajaan, serta agensi pengambila­n dari kedua-dua negara.

“Kita berharap isu ini dapat diselesaik­an segera kerana kebanyakan pekerja Bangladesh menjadi mangsa eksploitas­i dan berdepan pelbagai masalah selepas datang bekerja ke negara ini,” katanya selepas menghadiri perjumpaan Kementeria­n Sumber Manusia Bersama Pelanggan di sini, semalam.

Yang turut hadir, Timbalanny­a,

Datuk Mahfuz Omar dan Ketua Setiausaha Kementeria­n Sumber Manusia, Datuk Amir Omar.

Pada 1 September 2019, kerajaan menggantun­g SPPA untuk pekerja Bangladesh, yang hanya membenarka­n proses pengambila­n oleh 10 agensi yang terpilih.

Sistem terdahulu menyaksika­n setiap pekerja Bangladesh­iperlu membayar yuran sehingga RM20,000 bagi proses pembayaran kepada ejen bagi memudahkan kelulusan permit kerja dan urusan lain untuk berkerja di Malaysia.

Kulasegara­n berkata, perbincang­an dua hala mengenai syarat-syarat baharu MOU pengambila­n pekerja asing Bangladesh itu bertujuan mengelak pembabitan pihak ketiga yang membuat keuntungan melampau ke atas pekerja.

MOU baharu itu juga, katanya dapat membantu pekerja Bangladesh mengeluark­an perbelanja­an tinggi dan memberi kesan buruk kepada negara dalam mendapatka­n khidmat pekerja asing.

 ?? [Foto Ghazali Kori/bh] ?? Kebanyakan pekerja Bangladesh menjadi mangsa eksploitas­i dan berdepan pelbagai masalah selepas datang bekerja ke negara ini.
[Foto Ghazali Kori/bh] Kebanyakan pekerja Bangladesh menjadi mangsa eksploitas­i dan berdepan pelbagai masalah selepas datang bekerja ke negara ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia