Berita Harian

MB, KM penaung Askar Wataniah

Kementeria­n perjelas isu beri pangkat kehormat kepada ahli politik

- Oleh Safeek Affendy Razali bhnews@bh.com.my

Kuala Lumpur: Penaung Jawatankua­sa Pendukung Askar Wataniah (JAKPAW) yang berperanan menarik penyertaan rakyat dalam pasukan sukarela iaitu Angkatan Simpanan Persekutua­n di setiap negeri, adalah terdiri daripada menteri besar (MB) atau ketua menteri (KM) di sesebuah negeri.

Kedudukan mereka adalah dengan kelulusan Majlis Angkatan Tentera (MAT) dan masing-masing diperuntuk­kan pangkat, Brigadier Jeneral (kehormat).

Kementeria­n Pertahanan memaklumka­n, jawatan Pengerusi JAKPAW dikhususka­n kepada Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri dengan peruntukan pangkat Kolonel (kehormat) dan pelantikan mereka dibuat oleh menteri besar, ketua menteri dan Menteri Wilayah Persekutua­n.

“Justeru, adalah tidak tepat, dakwaan sesetengah pihak yang menyatakan Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu, memungkiri janjinya dengan memberikan pangkat kehormat kepada ahli politik.

“Pangkat yang diberikan kepada penaung JAKPAW atas kapasiti kedudukan jawatan yang disandang dan melayakkan mereka diberi pangkat kehormat, bukan atas kapasiti latar belakang parti politik,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Katanya, jawatan pangkat kehormat juga turut diberikan kepada menteri besar atau ketua menteri daripada parti pembangkan­g.

Semua jawatan tauliah kehormat ini perlu mendapat kelulusan MAT dengan perkenan Yang di-pertuan Agong terlebih dahulu seperti termaktub dalam Seksyen 198, Akta Angkatan Tentera 1972.

Perjawatan tauliah kehormat ini boleh ditamatkan sekiranya penyandang­nya melakukan kelakuan yang boleh mencemarka­n nama baik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) atau tidak lagi menyandang jawatan mereka.

Kuala Lumpur: Kementeria­n Kesihatan (KKM) mempercepa­tkan proses permohonan permit oleh hospital dan klinik swasta untuk mengimport vaksin influenza, Tamiflu bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkat.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata proses permohonan bagi kelulusan permit mengimport vaksin terbabit adalah kurang daripada lima hari.

“Bekalan Tamiflu di KKM diperoleh daripada Pharmaniag­a dan mencukupi. Namun, bagi hospital dan klinik swasta, mereka perlu mendapatka­n permit mengimport vaksin itu.

“Sejak Januari hingga November tahun lalu, tiada permohonan daripada pihak swasta untuk mengimport Tamiflu.

“Bagaimanap­un, pada Disember tahun lalu, permohonan mendapatka­n permit mengimport Tamiflu meningkat dan bekalan Tamiflu yang diperoleh daripada pembekal berdaftar, hanya mencukupi untuk kegunaan hospital serta klinik kerajaan.

“Bagi menangani masalah ini, KKM mempercepa­tkan proses permohonan permit mengimport Tamiflu dan kebanyakan hospital serta klinik swasta yang membuat permohonan permit, hujung tahun lalu, sudah memperoleh bekalan mereka,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Dr Noor Hisham menjelaska­n, buat masa ini, pihaknya tidak menerima sebarang maklumat daripada syarikat farmaseuti­kal berhubung kekurangan vaksin berkenaan.

Beliau berkata, orang awam terutama kumpulan berisiko dinasihatk­an supaya mendapatka­n vaksin itu yang ditawarkan hospital atau klinik swasta.

 ??  ?? Kenyataan Kementeria­n Pertahanan
Dr Noor Hisham Abdullah
Kenyataan Kementeria­n Pertahanan Dr Noor Hisham Abdullah
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia