Berita Harian

Bung Moktar dinasihat henti berpura-pura

-

Sandakan: Pengerusi Badan Perhubunga­n UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin, dinasihatk­an berhenti ‘berpura-pura’ peka terhadap nasib rakyat Sabah dan tidak membazir usaha kerajaan dalam menyampaik­an perubahan sebenar kepada rakyat Sabah serta Sarawak.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong, berkata Ahli Parlimen Kinabatang­an itu memperkata­kan mengenai kepentinga­n pindaan Perkara 1(2) Perlembaga­an Persekutua­n ketika Pilihan Raya Kecil (PRK) Kimanis.

Hakikatnya, usaha ke arah memulihkan status Sabah dan Sarawak sebagai rakan kongsi yang sama dalam Persekutua­n dimulakan Parti Warisan Sabah (WARISAN) sejak April tahun lalu.

Vui Keong berkata, Bung Moktar adalah antara Ahli Parlimen Umno/barisan Nasional (BN) yang tidak bersetuju pindaan Perlembaga­an dibuat berhubung perkara itu.

“Beliau (Bung Moktar) menghalang Sabah dan Sarawak daripada menikmati perkongsia­n yang sama di peringkat Persekutua­n.

“Tidak pernah sekali pun dia peduli mengenai nilai ini kepada rakyat Sabah dalam menikmati hak sama rata, tetapi sekarang dia bimbang kerana ada pilihan raya kecil,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Vui Keong yang juga Ahli Parlimen Batu Sapi berkata, kebimbanga­n sebenar Bung Moktar dan pemimpin UMNO lain seperti Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin dan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak terhadap Sabah dan Sarawak ialah tiadanya usaha memulih dan menegakkan status kedua-dua negeri itu sebagai rakan kongsi ketika masih berkuasa.

Beliau turut mengulangi usaha WARISAN dengan kerjasama kerajaan Pakatan Harapan (PH) sepanjang 21 bulan cuba melaksanak­an Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), pencapaian yang tidak mungkin dilakukan BN ketika berkuasa.

“Masa mereka mungkin lebih baik digunakan untuk mencermin diri dan lihat kegagalan masa lalu ketika mentadbir.

“Jangan berfikir begitu rendah bahawa penduduk di Sabah dan Sarawak tidak mampu melihat tipu daya kerajaan lalu,” katanya.

Di Membakut, seorang bekas pemimpin UMNO mendakwa parti itu mengkhiana­ti rakyat Sabah dalam memperjuan­gkan nasib rakyat setempat.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sukau, Datuk Saddi Abdul Rahman, berkata ia berikutan tindakan Bung Moktar tidak mengundi menyokong pindaan

Perlembaga­an berkaitan kedudukan Sabah dan Sarawak di Parlimen, tahun lalu.

Saddi menyifatka­n Bung Moktar hanya mementingk­an perjuangan mendapatka­n autonomi untuk UMNO negeri itu berbanding kepentinga­n rakyat.

Saddi yang memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sukau atas tiket BN pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), berkata keadaan itu menyebabka­n beliau meninggalk­an UMNO sebelum menyertai Parti Warisan Sabah (WARISAN).

Mengenai perubahan dalam UMNO Sabah, Saddi berkata, ia baru sekarang selepas lebih 26 tahun parti itu bertapak di Sabah.

“Bung Moktar kata UMNO sudah berubah, tapi dia cuma perjuangka­n autonomi UMNO Sabah, bukan autonomi Sabah. Ini pengkhiana­tan kepada rakyat Sabah berkaitan dengan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

“Kenapa mahu perjuangka­n autonomi UMNO, bukan autonomi negeri Sabah? Ini menunjukka­n UMNO gagal perjuangka­n autonomi Sabah,” katanya ketika berkempen untuk calon WARISAN, Datuk Karim Bujang di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Bandau, di sini, semalam.

Bung Moktar adalah antara Ahli Parlimen UMNO/BN yang tidak bersetuju pindaan Perlembaga­an dibuat berhubung perkara itu. Liew Vui Keong, Menteri di Jabatan Perdana Menteri

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia