Berita Harian

Jabatan Kesihatan digesa turun padang pantau H1N1

-

Membakut: Jabatan Kesihatan Negeri Sabah diminta turun padang memantau penularan Influenza A (H1N1) yang disahkan menjangkit­i seorang petugas jentera Pilihan Raya Kecil (PRK) Kimanis yang rancak berlangsun­g.

Pengerusi Badan Perhubunga­n UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin, menyatakan kebimbanga­n jika penyakit itu menular dalam kalangan jentera dan petugas serta orang awam sepanjang kempen PRK berlangsun­g.

“Kita bimbang jika H1N1 merebak selepas seorang jentera Puteri UMNO dimasukkan ke wad di sini selepas disyaki dijangkiti penyakit terbabit.

“Saya harap Jabatan Kesihatan turun meninjau keadaan dan jangan memberi perhatian terhadap perokok di kedai kopi (premis makanan) sahaja, jaga (pantau) juga penularan penyakit ini supaya petugas media dan orang yang berkempen tidak dijangkiti, kalau kena bagaimana nanti,” katanya pada sidang media di Kampung Mandangin di sini, semalam.

Katanya, perkara itu amat serius kerana ia membabitka­n kesihatan dan keselamata­n semua pihak yang terbabit dalam PRK, termasuk penduduk kampung.

“Kalau kena (dijangkiti), ia sudah tentu membabitka­n keselamata­n dan kesihatan orang awam,” katanya.

Terdahulu, Ketua Puteri UMNO Wilayah Persekutua­n, Norbhaiti Sabar, berkata Ketua Puteri UMNO Bahagian Seputeh, Nurul Hazwani Haslan disahkan dijangkiti H1N1 selepas dua hari bertugas bagi PRK Parlimen Kimanis.

Katanya, Nurul Hazwani yang juga Penolong Setiausaha Puteri UMNO Wilayah Persekutua­n dimasukkan ke sebuah hospital di Kota Kinabalu, malam kelmarin.

“Saya mohon sahabat semua untuk mengambil langkah berjaga-jaga dan lebih peka serta prihatin dengan sebarang tanda-tanda sakit sepanjang bertugas di mana juga agar dijauhkan daripada sebarang sakit mudarat,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

 ?? [Foto Edmund Samunting/bh] ?? Bung Moktar (dua dari kiri) mengadakan lawatan di Kampung Mandangin, Membakut, semalam.
[Foto Edmund Samunting/bh] Bung Moktar (dua dari kiri) mengadakan lawatan di Kampung Mandangin, Membakut, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia