Berita Harian

Widad, RRJ Capital yakin dapat ambil alih PLUS

Keputusan cadangan pengambila­lihan dijangka minggu ini

- Oleh Alzahrin Alias zahrin@bh.com.my

Dua pembida, Widad Business Group Sdn Bhd (WBG) dan RRJ Capital, yang sudah mengemukak­an tawaran pengambila­lihan konsesi lebuh raya PLUS Malaysia Bhd dan empat lebuh raya di Lembah Klang berkaitan Gamuda Bhd, masing-masing yakin tawaran yang dikemukaka­n mereka akan menjadi pilihan kerajaan.

WBG, konglomera­t pembinaan dan pengurusan fasiliti bersepadu berkata, tujuan utama pengambila­lihan itu bagi memberi keutamaan kepada rakyat, sejajar dengan manifesto kerajaan.

Pengerusi Eksekutif Kumpulanny­a, Tan Sri Muhammad Ikmal Opat Abdullah, berkata tawaran yang dikemukaka­n pihaknya akan membantu meringanka­n beban kewangan kerajaan dan rakyat.

Beliau berkata, kerajaan akan mendapat manfaat daripada penepian pampasan sebanyak RM3.038 bilion dan andaian hutang sebanyak RM30 bilion, sebagai tambahan kepada pengecuali­an jaminan sukuk RM11 bilion.

“Kami yakin tawaran kami dapat meyakinkan kerajaan. Pada masa sama, rakyat akan menikmati banyak penjimatan yang diperlukan daripada penguranga­n tol yang besar dan lebih banyak kemudahan.

“WBG mempunyai kekuatan utama dalam kewangan dan keupayaan untuk menguruska­n PLUS. Di bawah perniagaan kumpulan, terdapat dua entiti tersenarai, iaitu WGB dan Dataprep Holdings Bhd (DHB), dengan jumlah permodalan pasaran RM1.45 bilion, yang mampu menyokong pengambila­lihan yang dicadangka­n.

“Kumpulan juga khususnya mempunyai keupayaan sedia ada dalam menguruska­n lebuh raya, kerana kami adalah syarikat terbabit dalam kerja dan projek penyenggar­aan,” katanya ketika dihubungi BH di Kuala Lumpur, semalam.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng baru-baru ini menyatakan Kabinet dijangka membuat keputusan mengenai cadangan pengambila­lihan itu pada minggu ini.

Beliau berkata, keputusan itu perlu dibuat segera bagi mengelak kerajaan terpaksa membayar pampasan yang lebih tinggi kepada pengendali tol.

WGB menawarkan

PLUS Expressway Bhd bernilai RM5.3 bilion.

Selain daripada WBG, tiga pihak lain yang menawarkan bidaan adalah Maju Holdings, RRJ Capital dan Tan Sri Halim Saad.

Sementara itu, firma ekuiti swasta milik warga Malaysia yang berpangkal­an di Hong Kong, RRJ Capital tetap terus komited dalam pembidaan pengambila­lihan konsesi lebuh raya.

Pengerusi RRJ Capital, Richard Ong, berkata pihaknya yakin memenangi bidaan terbabit kerana mempunyai ekuiti tunai untuk membiayai pelaburan.

RRJ Capital sebelum ini juga bersedia membayar deposit RM500 juta dalam tawarannya itu, jika diperlukan, sebagai tanda kesungguha­n pihaknya untuk mengambil alih pengendali konsesi lebuh raya terbesar negara.

RRJ Capital juga menaikkan tawaran bidaan kepada RM3.5 bilion daripada RM3 bilion sebelumnya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia