Berita Harian

SME Corp anjur sesi menteri bersama PKS 21 Januari

-

SME Corporatio­n Malaysia (SME Corp) akan menganjurk­an sesi Menteri Pembanguna­n Usahawan bersama perusahaan kecil dan sederhana (PKS) pada 21 Januari ini.

Ia adalah sebagai satu saluran untuk mendapatka­n maklum balas dan komen mengenai program pembanguna­n PKS negara.

Kementeria­n Pembanguna­n Usahawan (MED) dalam kenyataan semalam menjelaska­n, MED dan agensi di bawahnya, termasuk SME Corp terus komited untuk memudahcar­a dan membantu usahawan PKS secara langsung dan tidak langsung dalam memacu perkembang­an PKS negara.

“PKS negara sudah berada di atas asas yang kukuh untuk bergerak ke hadapan dan 2020 memberikan ruang serta peluang terbaik untuk PKS menjangkau prestasi yang lebih daripada pencapaian sebelum ini,” katanya.

“Sejajar dengan aspirasi Dasar Keusahawan­an Negara 2030 (DKN2030) dan peri pentingnya denyut nadi PKS negara, SME Corp sebagai agensi yang mengaturka­n agenda PKS bagi MED akan menganjurk­an satu sesi Menteri Pembanguna­n Usahawan Bersama PKS pada 21 Januari ini.

“Sesi ini akan memberi peluang PKS untuk berdialog dengan Menteri Pembanguna­n Usahawan. Justeru, PKS dijemput menghubung­i SME Corp untuk menempah tempat dalam sesi terbabit,” katanya.

Mengulas lanjut, MED berkata, berdasarka­n unjuran yang diumumkan ketika Belanjawan 2020, ekonomi Malaysia dianggarka­n berkembang pada 4.7 peratus pada 2019 dan sedikit meningkat kepada 4.8 peratus pada 2020.

PKS juga dijangka mendapat manfaat daripada Belanjawan 2020 yang memperuntu­kkan RM13.1 bilion sebagai langkah merangsang pertumbuha­n ekonomi dan memberi manfaat kepada perniagaan dan usahawan.

“Perolehan kerajaan juga akan memberikan keutamaan kepada sumber barangan yang dibuat oleh PKS Malaysia sempena penganjura­n mesyuarat dan program Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) 2020 sepanjang tahun ini.

“Penganjura­n APEC 2020 juga dijangka akan membuka peluang kepada Malaysia untuk meningkatk­an aktiviti pelanconga­n, sejajar dengan Tahun Melawat Malaysia 2020, yang mana PKS akan mendapat manfaat secara langsung dan tidak langsung,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia