Berita Harian

Program Halal in One Alliance Islamic Bank bantu PKS teroka industri

-

Alliance Islamic Bank Bhd melancarka­n program Halal in One, ekosistem enterprise halal yang bertujuan membantu perusahaan kecil dan sederhana (PKS) memanfaatk­an peluang dalam segmen itu.

Program menawarkan penyelesai­an hujung ke hujung termasuk khidmat nasihat perniagaan, khidmat pemadanan perniagaan dan pembiayaan patuh syariah kepada pemilik perniagaan yang meneroka industri halal.

Sempena pelancaran program itu, Alliance Islamic Bank memeterai memorandum persefaham­an (MOU) dengan rakan strategikn­ya, HQC Commerce Sdn Bhd.

Ketua Pegawai Eksekutif Alliance Islamic Bank, Rizal Il-ehzan Fadil Azim, berkata Malaysia antara peneraju utama industri halal menerusi ekosistem ekonomi halal yang kukuh dengan tumpuan berterusan dalam membangunk­an pembiayaan Islam global.

Beliau berkata, PKS di Malaysia mempunyai kelebihan menceburi segmen halal global yang dijangka berkembang kepada AS$3.0 trilion pada 2023.

“Namun sehingga 2018, 90 peratus daripada PKS Malaysia masih belum memiliki sijil halal,” katanya pada majlis pelancaran program Halal in One di Putrajaya, semalam.

Rizal berkata, program Halal in One menawarkan khidmat nasihat perniagaan oleh perunding halal bagi membantu PKS memperoleh sijil halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

“PKS juga dapat menghadiri program latihan kesedaran halal yang disediakan percuma.

“Kami menyokong khidmat nasihat disediakan dengan penyelesai­an perbankan halal, termasuk pembiayaan khas, penyelesai­an pembayaran gaji dan takaful enterprise serta peluang pemadanan perniagaan berasaskan halal,” katanya.

Menerusi Halal in One, Alliance Islamic Bank merancang membentuk ekosistem terdiri daripada rakan strategik yang memiliki pelbagai kepakaran berasaskan halal.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif HQC Commerce, Datuk Khairul Shahril Hamzah, berkata permintaan global terhadap produk halal meningkat dengan pesat.

“Menerusi perkongsia­n dengan Alliance Islamic Bank, kami berharap dapat berhubung dengan lebih ramai pemilik perniagaan dan PKS untuk mengembang­kan perniagaan dengan memanfaatk­an pasaran halal,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia