Berita Harian

Sunway Property sasar jualan RM2B

Syarikat hartanah lancar projek baharu RM3.5 bilion tahun ini

- Oleh Hazwan Faisal Mohamad hazwanfais­al@bh.com.my

Sunway Property, cabang hartanah Sunway Bhd, menyasarka­n jualan RM2 bilion bagi tahun kewangan 2020, 54 peratus lebih tinggi daripada sasaran tahun lalu, iaitu RM1.3 bilion.

Pengarah Urusan Sunway Bhd (Bahagian Hartanah), Sarena Cheah, berkata sasaran jualan itu akan dipacu oleh pelancaran projek hartanah baharu bernilai RM3.5 bilion tahun ini.

Katanya, daripada jumlah itu, RM1 bilion adalah projek di dalam Malaysia, manakala selebihnya adalah projek hartanah di Singapura.

“Kami yakin mampu mencapai sasaran ini bersandark­an penawaran produk yang baik dan dimahukan oleh pelanggan, terletak di lokasi yang amat strategik dan harga tepat.

“Tahun lalu, kami berjaya melepasi sasaran jualan yang ditetapkan apabila mencatat jualan sebanyak RM1.55 bilion dan yakin momentum itu akan diteruskan pada tahun ini,” katanya pada taklimat media mengenai prestasi dan prospek Sunway Property 2020, di Subang Jaya, semalam.

Sunway Property turut melancarka­n kempennya untuk tahun ini, iaitu ‘Yours,2020’ yang menjadikan pembeli sebagai tumpuan utama operasinya.

Cheah berkata, Sunway Property pada masa ini mempunyai jualan belum dibilkan sebanyak RM2.8 bilion.

Beliau berkata, terdapat sembilan projek baharu yang akan dilancarka­n tahun ini termasuk tiga di Singapura.

Katanya, projek hartanah di wilayah tengah membabitka­n nilai pembanguna­n kasar (GDV) RM691 juta; wilayah selatan dengan GDV RM100 juta dan wilayah utara dengan GDV RM250 juta.

“Tiga projek di Singapura membabitka­n projek kondominiu­m eksekutif iaitu Parc Canberra, Canberra Link dengan GDV RM560 juta, Ki Residence, Clementi (kondominiu­m persendiri­an) bernilai RM1 bilion dan kondominiu­m eksekutif, Park Avenue Residences, Tampine bernilai RM880 juta,” katanya.

 ??  ?? Sarena Cheah
Sarena Cheah

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia