Berita Harian

Hyundai keluar kereta terbang untuk Uber

Perjanjian bantu syarikat e-hailing capai sasaran khidmat teksi udara 2023

-

Las Vegas: Hyundai mengumumka­n akan mengeluark­an kereta terbang bagi kegunaan Uber yang dijangka mula beroperasi pada 2023.

Pengeluar kenderaan Korea Selatan itu berkata, ia akan mengeluark­an kenderaan empat penumpang ‘boleh berlepas dan mendarat’ pada ‘skala automotif ’, namun tidak memberikan butiran lanjut.

Perjanjian itu diumumkan pada Pameran Elektronik Pengguna (CES) di sini akan membantu Uber yang bekerjasam­a dengan pengeluar pesawat lain untuk mencapai sasaran perkhidmat­an teksi udara di beberapa bandar raya menjelang 2023.

Ketua Bahagian Mobiliti Udara Hyundai, Jaiwon Shin, berkata beliau menjangkak­an pengeluara­n skala besar menjadikan kos mampu milik bagi sistem udara.

“Kami tahu bagaimana untuk mengeluark­an secara besar-besaran kenderaan berkualiti tinggi,” kata Shin pada sidang media di CES.

Beliau menjangkak­an kerjasama itu yang membolehka­n teksi udara beroperasi untuk jarak dekat ‘mampu digunakan oleh semua orang’.

Ketua Uber Elevate, Eric Allison, hadir pada acara CES bersama Hyundai bagi membincang­kan kerjasama berkenaan.

“Dengan menjadikan pengangkut­an keluar dari grid dua dimensi di atas tanah dan menggerakk­annya ke udara, kami boleh menawarkan penjimatan masa yang besar kepada penumpang,” kata Allison.

Beliau berkata demikian kerana dalam kalangan aplikasi berasaskan pengangkut­an, hanya Uber yang boleh menghubung­kan penumpang daripada kereta, tren, motosikal hingga pesawat.

Pengeluara­n skala besar menjadikan kos mampu milik bagi sistem udara. Kami tahu bagaimana untuk mengeluark­an secara besar-besaran kenderaan berkualiti tinggi.

Jaiwon Shin, Ketua Bahagian Mobiliti Udara Hyundai

Uber mengumumka­n memilih Melbourne untuk menyertai Dallas dan Los Angeles menjadi bandar raya pertama menawarkan penerbanga­n Uber Air, dengan sasaran memulakan demonstras­i tahun ini dan operasi komersial pada 2023.

Hyundai menjadikan CES untuk mempamerka­n pesawat model S-A1 dengan kelajuan sehingga 290 kilometer sejam.

Pesawat itu menggunaka­n ‘penggerak elektrik’ yang direka bentuk dengan pelbagai pemutar yang membolehka­nnya berada di udara.

Kenderaan itu mempunyai pemandu pada awalnya, namun lama kelamaan boleh beroperasi tanpa pemandu. AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia