Berita Harian

Bursa lepasi paras 1,610

Pasaran tempatan masih terdedah kepada sebarang prospek global tidak menguntung­kan

- BERNAMA

Bursa Malaysia melepasi paras 1,610 untuk ditutup tinggi semalam walaupun dagangan turun naik sepanjang hari, disokong oleh prestasi kukuh saham wajaran tinggi berkaitan telekomuni­kasi dan kewangan.

Pada jam 5 petang, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menambah 13.28 mata atau 0.83 peratus untuk ditutup pada 1,611,04 berbanding 1,597.76 pada penutupan Isnin.

Di papan skor, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 441 berbanding 388 manakala 428 kaunter tidak berubah, 679 tidak diniagakan dan 13 yang lain digantung.

Jumlah dagangan bagaimanap­un merosot kepada 2.98 bilion saham bernilai RM1.79 bilion berbanding 3.39 bilion saham bernilai RM1.63 bilion kelmarin.

Seorang penganalis­is berkata memandangk­an bursa tempatan sudah melepasi tahap penanda aras 1,600, yang kini merupakan paras sokongan, rintangan segera kini adalah pada 1,615.

“Kita boleh melihat indeks bergerak di antara 1,596.42 dengan 1,612.60 hari ini (semalam). Dengan pemangkin tempatan yang kukuh dan ketegangan Asiran yang semakin reda serta perjanjian perdaganga­n ‘fasa 1’ antara AS dan China akan dilaksanak­an, bursa tempatan boleh bergerak lebih jauh dalam tempoh terdekat,” katanya.

Bagaimanap­un, beliau berkata pasaran tempatan sebahagian besarnya masih terdedah kepada sebarang prospek global yang tidak menguntung­kan, akibat situasi ekonomi dan geopolitik.

Bagi kaunter telekomuni­kasi, Axiata meningkat 20 sen kepada RM4.36 pada penutupan, Digi menambah empat sen kepada

RM4.53 manakala Maxis naik 12 sen pada RM5.45.

Bagi kaunter kewangan, CIMB naik tujuh sen kepada RM5.29, Hong Leong Bank meningkat enam sen kepada RM17.66 dan Public Bank melonjak 22 sen kepada RM20.12.

Antara saham paling untung, Nestle melonjak RM1.00 kepada RM147.50, PPB naik 50 sen kepada RM19.28 manakala Kumpulan Powernet meningkat 17 sen kepada RM1.58.

Bagi saham aktif, Vortex Consolidat­ed kekal pada 24 sen, Rimbunan Sawit meningkat empat sen kepada 42 sen manakala TDM meningkat satu sen kepada 39 sen.

Indeks FBM Emas naik 70.74 mata kepada 11,457.94 manakala Indeks Syariah FBM Emas menokok 91.54 mata kepada 12,088.04.

Indeks FBMT 100 meningkat 71.68 mata kepada 11,252.32, FBM 70 menambah 4.68 mata kepada 14,308.76 manakala FBM ACE meningkat 29.61 mata kepada 5,454.44.

Mengikut sektor, Indeks Produk dan Perkhidmat­an Perindustr­ian meningkat 1.17 mata kepada 156.40, Indeks Perkhidmat­an Kewangan meningkat 86.03 mata kepada 15,713.41 manakala Indeks Perladanga­n menambah 38.54 mata kepada 7,757.53.

Jumlah dagangan di Pasaran Utama merosot kepada 2.20 bilion unit bernilai RM1.57 bilion berbanding 2.60 bilion bernilai RM1.43 bilion kelmarin.

Jumlah dagangan waran juga merosot kepada 233.36 juta bernilai RM42.18 juta berbanding 305.24 juta bernilai RM49.56 juta pada Isnin.

Sementara itu, jumlah dagangan di Pasaran ACE meningkat kepada 643.12 juta bernilai RM179.49 juta berbanding 482.76 juta saham bernilai RM14.83 juta kelmarin.

Barangan dan perkhidmat­an pengguna menyumbang 239.46 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama, produk dan perkhidmat­an industri (358.58 juta), pembinaan (115.91 juta), teknologi (200.26 juta), SPAC (sifarl), perkhidmat­an kewangan (31.98 juta) 108.35 juta), perladanga­n (190.80 juta), REIT (7.91 juta), dana tertutup (36,000), tenaga (739.22 bilion), penjagaan kesihatan (14.03 juta), telekomuni­kasi dan media (27.20 juta) dan utiliti (36.13 juta).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia