Berita Harian

TUDM tamat operasi 12 helikopter Nuri

-

Kuala Lumpur: Operasi 12 helikopter Nuri milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) sudah ditamatkan, kata Panglima TUDM, Jeneral Datuk Seri Ackbal Abdul Samad.

Beliau berkata, pesawat berkenaan yang berusia 50 tahun terlalu uzur untuk beroperasi, malah kos penyelengg­araannya terlalu mahal.

“Jika TUDM ada duit sekalipun untuk membeli peralatan selenggara Nuri, ia memakan masa yang lama iaitu antara sembilan hingga ke 18 bulan untuk memperoleh alat ganti.

“Selain itu, TUDM mempunyai perancanga­n untuk menggantik­an pesawat berkenaan tetapi ia masih pada peringkat penilaian,” katanya pada sidang media khas Panglima TUDM, di sini, semalam.

Ackbal berkata, setakat ini beberapa jenis helikopter sudah dikenal pasti untuk menggantik­an Nuri sebagai tambahan kepada aset sedia ada.

Diminta mengulas peruntukan TUDM, Ackbal berkata, peruntukan TUDM ketika ini berada di tahap yang ‘selesa’ dan pihaknya sentiasa mengoptimu­mkan keupayaan pengoperas­ian aset sedia ada serta meningkatk­an kebolehan pasukan itu.

“Ketika ini TUDM mengutamak­an perbelanja­an yang berhemat dan meminimumk­an majlis keraian yang dirasakan tidak perlu,” katanya.

Pesawat Nuri itu pernah beberapa kali mengalami nahas termasuk terhempas dan mendarat cemas sejak 1991.

Antaranya terhempas pada 2010 di Sintok Kedah, pada 2016 di Tawau Sabah dan Butterwoth, Pulau Pinang tahun yang sama manakala yang terbaru pesawat itu melakukan pendaratan cemas pada Ogos 2019 di Kem Gubir, Alor Setar.

Terdahulu, pada majlis penyampaia­n perintah ulungnya, Ackbal menyerahka­n jawatan Timbalan Panglima TUDM kepada Leftenan Jeneral Datuk Mohd Asghar Khan Goriman Khan yang berkuat kuasa semalam.

Selain itu, Ackbal turut menggarisk­an lapan teras bagi menentukan legasi kegemilang­an TUDM antaranya memperkasa keupayaan operasi TUDM, pelan pembanguna­n keupayaan TUDM 2055 dan pangkalan baharu di Sendayan Negeri Sembilan

Sementara itu, dalam majlis lain Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang baharu, Jeneral Tan Sri Affendi Buang memulakan tugas secara rasmi di

Wisma Pertahanan, semalam.

Panglima ATM Ke-21 itu menggantik­an Jeneral Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin. Majlis serah terima tugas berlangsun­g pada 2 Januari lalu.

Sejurus tiba di pekarangan bangunan itu, Affendi, 57, menerima tabik hormat dan memeriksa kawalan kehormat di Padang Kawad, Dataran Wisma Pertahanan sebelum menuju ke pejabatnya.

Affendi yang dilahirkan pada 21 Ogos 1962 di Kuching, Sarawak adalah Panglima Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) kedua dilantik sebagai Panglima ATM selepas Jeneral Tan Sri Azizan Ariffin.

Sebelum pelantikan sebagai Panglima ATM, beliau berkhidmat sebagai Panglima TUDM sejak 21 Disember 2016.

 ?? (Foto Mustaffa Kamal /BH) ?? Affendi memeriksa barisan pada majlis Pertahanan, Kuala Lumpur, semalam.
Menyambut Ketibaan Panglima Angkatan Tentera Ke-21 di Wisma
(Foto Mustaffa Kamal /BH) Affendi memeriksa barisan pada majlis Pertahanan, Kuala Lumpur, semalam. Menyambut Ketibaan Panglima Angkatan Tentera Ke-21 di Wisma

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia