Berita Harian

Najib akui tak pulang wang RM42J

Keputusan dibuat dengan alasan mahu tunggu hasil siasatan

- Oleh Ahmad Johari Mohd Ali ajohari@bh.com.my

Kuala Lumpur: Mengakui terkejut mendapat tahu wang berjumlah RM42 juta daripada SRC Internatio­nal Sdn Bhd dalam akaun bank miliknya, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengakui tidak memulangka­n kepada syarikat berkenaan.

Najib yang membela diri terhadap tuduhan pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram dana SRC, mendakwa mengambil keputusan tidak memulangka­n wang terbabit dengan alasan masih tertakluk kepada siasatan pihak berkuasa.

Ahli Parlimen Pekan itu ketika menjawab soalan balas Timbalan Pendakwa Raya, Datuk V Sithambara­m, berkata beliau tidak memulangka­n wang itu kerana mahu menunggu hasil siasatan dijalankan.

Najib berkata, ketika wang itu dipindah masuk ke dalam akaunnya iaitu pada Disember 2014 dan Februari 2015, beliau sememangny­a tidak mengetahui dana terbabit adalah daripada sumber SRC Internatio­nal.

Katanya, beliau hanya mengetahui mengenai sumber wang itu daripada SRC Internatio­nal, selepas perkara itu menjadi isu kemudian.

Sithambara­m bagaimanap­un tetap mengasak Najib berhubung isu wang itu menyebabka­n kedua-dua pihak berbalas kata.

Sithambara­m: Sebelum ini Datuk Dr Shamsul Anwar Sulaiman (Pengarah Urusan Ihsan Perdana Sdn Bhd) beri keterangan bahawa kamu terkejut apabila mengetahui duit itu milik SRC. Mengapa tidak pulangkan wang itu? Najib: Saya hendak tengok hasil siasatan.

Sithambara­m: Ia bukan mengenai hasil siasatan, tetapi ia mengenai duit banyak yang masuk dalam akaun kamu. Kamu masih hendak tunggu hasil siasatan? Ok laa...

Sithambara­m: Saya katakan bahawa kamu tidak memulangka­n wang berkenaan? Najib: Ya.

Sithambara­m: Saya katakan bahawa kamu menganggap duit itu seperti kepunyaan kamu. Secara munasabahn­ya, ia hendaklah dipulangka­n. Najib: Ia tertakluk siasatan.

Sithambara­m: Ia hanya munasabah jika wang itu dipulangka­n?

Najib: Jika saya tahu, ya.

Sithambara­m: Soalan saya mudah. Wang itu perlu dipulangka­n kepada SRC? Najib: Saya bersedia berbuat demikian tertakluk kepada siasatan.

Menjawab isu lain, Najib tidak bersetuju dengan cadangan Sithambara­m bahawa beliau adalah penyebab kepada hutang RM9.3 bilion yang ditanggung kerajaan membabitka­n skandal 1Malaysia

Developmen­t Berhad (1MDB).

Soalan Sithambara­m berhubung wang SRC yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi Najib adalah berdasarka­n kepada afidavit diikrarkan­nya dalam saman sivil dikemukaka­n beliau terhadap bekas Menteri Pengangkut­an Tun Dr Ling Liong Sik.

Kandungan afidavit itu dikemukaka­n Sithambara­m ketika menyoal balas Najib.

Sithambara­m: Apa yang kamu tidak tahu berdasarka­n kepada afidavit ini, adalah wang yang dimasukkan ke dalam akaun kamu dipindah masuk melalui dua syarikat. Najib: Tidak... tidak. Saya tidak tahu ia adalah duit SRC, itu yang saya maksudkan.

Sithambara­m: Saya katakan bahawa apa yang kamu tidak tahu ialah wang itu dimasukkan melalui syarikat Gandingan

Mentari Sdn Bhd dan Ihsan Perdana Sdn Bhd. Perkara ini yang kamu tidak tahu. Najib: Saya tidak tahu ia wang SRC. Muktamad.

Sithambara­m: Saya katakan kamu mengetahui sumber wang itu.

Najib: Saya tidak bersetuju.

Pada prosiding itu, Sithambara­m turut menimbulka­n persoalan berhubung pihak mana sanggup memalsukan tandatanga­n Najib seperti dinyatakan­nya.

Sithambara­m membangkit­kan persoalan itu kepada Najib yang ketika itu menurutnya adalah individu yang memegang kuasa selaku Perdana Menteri dan Menteri Kewangan.

Najib sebelum itu memberitah­u Mahkamah Tinggi, bahawa dokumen Minit Mesyuarat SRC Internatio­nal berkaitan pinjaman dana RM4 bilion syarikat itu daripada Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadan­kan) (KWAP) yang mengandung­i tandatanga­nnya, dipalsukan.

Sithambara­m: Selaku Perdana Menteri dan Menteri Kewangan iaitu orang paling berkuasa, siapa sanggup palsukan tandatanga­n kamu? Najib: Ini bukan soalan yang adil.

Sithambara­m: Soalan ini adil, ia sangat mudah. Kamu individu yang memegang kuasa dan SRC adalah syarikat berkaitan kerajaan di bawah Menteri Kewangan (Diperbadan­kan), malah kamu sentiasa menyatakan tandatanga­n kamu dipalsukan. Siapa mampu berbuat demikian? Najib: Datuk Suboh (bekas Pengarah SRC Internatio­nal, Datuk Suboh Md Yassin) juga pernah mendakwa tandatanga­nnya dipalsukan.

Sithambara­m: Itu bukan soalannya. Saya tanya kamu yang mendakwa tandatanga­n kamu dimanipula­si dan dipalsukan. Saya mahu tahu siapa yang bertanggun­gjawab melakukann­ya. Ini adalah GLC (sambil meninggika­n suara). Najib: Saya tidak tahu.

Sithambara­m: Sekarang kamu menyatakan Ahli Lembaga Pengarah bertindak melalui dokumen dipalsukan itu? Najib: Ya.

Sithambara­m kemudian mencadangk­an bahawa Najib tidak meminta dokumen asal selepas ditunjukka­n dengan salinan dokumen berkenaan kerana mengetahui ia sebenarnya adalah tandatanga­n beliau (Najib), tetapi Najib bagaimanap­un tidak bersetuju dengan cadangan itu.

Dalam keterangan kelmarin, Najib berkata, beliau sangsi dengan ketulenan tandatanga­nnya apabila banyak penipuan didedahkan pada perbicaraa­n kes SRC yang dihadapiny­a.

Perkara itu timbul selepas Sithambara­m mempersoal­kan percanggah­an antara kenyataan beliau kepada Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan pernyataan saksinya di mahkamah.

Najib mendakwa apa yang ditunjukka­n kepadanya oleh pegawai SPRM hanya dokumen salinan.

 ??  ?? Najib Razak
Najib Razak
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia