Berita Harian

‘Hanya Tuhan tahu’

Renung kesilapan lalu, Nazim mula buka hati untuk cari pengganti

- Oleh Zaidi Mohamad zaidim@bh.com.my Lebih

setahun merenung kesilapan diri, Nazim Othman mengaku mula membuka pintu hati kepada insan yang sudi mengisi kekosongan hidup.

Ini berikutan tindakan pelakon ini memuat naik status berlatar belakangka­n gambar mercu tanda Menara Berkembar PETRONAS atau Kuala Lumpur City Centre (KLCC) di Instagram yang berbunyi: “Wahai jodoh, di mana kau menyorok? Saya sudah bersedia ini.”

Mengulas perkara itu, Nazim mengaku keinginan untuk hidup berdua selepas kegagalan rumah tangga bersama Bella Daly, masih ada.

“Sebagai manusia biasa, tipulah kalau saya beritahu tiada keinginan kembali berumahtan­gga.

“Pintu hati ini pernah ditutup lebih setahun selepas terlerai ikatan perkahwina­n dahulu. Namun, ada masanya, saya menjadi sayu melihat keluarga teman atau orang lain hidup bahagia.

“Ramai orang fikir saya tenang selepas kegagalan perkahwina­n dulu. Tapi dalam hati ini, hanya Tuhan yang tahu.

“Cukuplah Dia faham... Ini kerana hanya Tuhan yang maha mengetahui, pengampun dan penyayang.

“Kata-kata orang tidak lagi mengguris hati saya. Saya sudah menjalani ‘hukuman’ terhadap kesilapan sendiri... Ini menguatkan jati diri saya,” katanya kepada HIP.

Nazim atau nama penuhnya, Nashrul Alif Othman berkata, sepanjang hidup menduda, dia lebih banyak memikirkan kesilapan diri.

“Saya elak mendekati sesiapa dalam konteks hubungan istimewa bukan kerana fobia. Tapi saya banyak menggunaka­n ruang yang ada untuk merenung diri.

“Seiring masa berlalu, Tuhan berikan saya banyak petunjuk dalam pelbagai bentuk. Ini membantu saya menjadi lebih rendah diri dan tenang meniti kehidupan.

“Sebagai manusia, kita takkan pernah terlepas daripada berbuat silap. Ada kalanya kesalahan kecil, ada juga besar. Tapi kesilapan dan kekhilafan itu yang akan mematangka­n kita,” katanya.

Nazim berkata, dia tidak menetapkan syarat khusus dalam mencari teman hidup.

“Saya juga manusia biasa yang tidak sempurna. Secara amnya, biarlah seseorang itu baik hatinya, sederhana, berfikiran terbuka dan matang.

“Saya serahkan soal jodoh ini kepada Tuhan. Jika takdir hidup ditetapkan saya bakal bertemu jodoh kali kedua, Insya-allah saya akan menjaga rumah tangga itu sebaik-baiknya,” katanya.

Nazim bernikah dengan Bella Daly pada 10 September 2016. Bagaimanap­un, mereka bercerai pada Mei 2018.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia