Berita Harian

Gempa landa barat laut Indonesia

Gegaran berskala 6.2 magnitud bagaimanap­un tidak cetuskan amaran tsunami

-

Banda Aceh: Gempa bumi kuat melanda barat laut Indonesia semalam, namun tiada amaran tsunami dan laporan kecederaan atau kerosakan dilaporkan.

Gempa 6.2 magnitud melanda pada kedalaman 20 kilometer di pantai pulau Simeulue, barat Sumatera, menurut Suruhanjay­a

Geologi AS.

Biro cuaca dan geofizik Indonesia juga menyatakan tiada ancaman tsunami.

Orang ramai panik dan berlari keluar dari luar rumah ketika gempa melanda.

“Kami kini berada di pantai untuk memantau pergerakan air laut,” kata seorang penduduk, Simeulue Ahmadi kepada AFP.

Tiada kecederaan atau kerosakan infrastruk­tur yang dilaporkan setakat ini.

Indonesia kerap mengalami masalah seismik dan gunung berapi disebabkan kedudukann­ya di Lingkaran Api Pasifik, di mana plat tektonik bertembung.

Lebih 2,200 orang maut dan 1,000 lagi diisytihar hilang pada 2018 selepas gempa bumi 7.5 magnitud mengakibat­kan tsunami di pulau Sulawesi.

Gempa berkekuata­n 9.1 melanda wilayah Aceh pada 2004, menyebabka­n tsunami serta menjejaska­n lebih 170,000 penduduk di sana.

Sementara itu, gempa bumi pada skala 6.5 magnitud turut melanda selatan Puerto Rico pagi semalam.

Gempa bumi itu melanda kawasan 13.6 kilometer di selatan Ponce, juga dijangka tidak menyebabka­n tsunami, kata Pusat Amaran Tsunami. AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia