Berita Harian

Australia nafi perubahan iklim punca kebakaran

-

Melbourne: Kerajaan Australia berpegang teguh pada pendirian bahawa tiada hubungan langsung antara kebakaran belukar di negara itu dan perubahan iklim yang dikatakan saintis menjadi punca utama kejadian terbabit.

Pendirian diutarakan Perdana Menteri Australia, Scott Morrison serta Menteri Tenaga dan Penguranga­n Pelepasann­ya, Angus Taylor, itu antara lain menegaskan negara berkenaan tidak ada keperluan untuk mengurangk­an kadar pelepasan karbon secara lebih agresif demi menangani kesan pemanasan global, meskipun selepas dilanda kemarau selama tiga tahun dan skala kebakaran belukar yang tidak pernah tercetus sebelum ini.

Sebaliknya, mereka menjelaska­n Australia yang ketika ini menyumbang 1.3 peratus daripada keseluruha­n kadar pelepasan karbon dunia dan ‘pengilang’ kedua terbesar dalam konteks pelepasan gas terbabit selepas Amerika Syarikat, sepatutnya diberikan habuan kerana berjaya melangkaui sasaran penguranga­n kadar pelepasan untuk 2020.

“Apabila bercakap mengenai penguranga­n kadar pelepasan global, Australia mesti dan sedang memainkan peranannya, tetapi insiden seperti kebakaran belukar ini memerlukan komuniti untuk bersatu, bukan berpecah,” kata Taylor.

Kerajaan Australia sebelum ini dilaporkan mempertika­i usaha mengurangk­an kadar pelepasan gas yang dikatakan bakal mampu merencatka­n pertumbuha­n ekonomi, khususnya membabitka­n sektor eksport gas dan arang batu.

Taylor menerusi kenyataan kepada akhbar The Australia, pada 31 Disember, tahun lalu berkata kebanyakan negara tidak dapat menerima sebarang penggubala­n dasar untuk mengurangk­an pelepasan gas yang bakal mencetuska­n peningkata­n terhadap kos sara hidup, selain meranapkan sektor pekerjaan, menurunkan kadar pendapatan dan mengekang arus pertumbuha­n.

“Oleh sebab itu, kita tidak melaksanak­an sasaran tidak berasas, memusnahka­n ekonomi dan membuta tuli diketengah­kan pembangkan­g kerana ia akhirnya sekadar menambahka­n kadar cukai,” katanya. REUTERS

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia